Pengeluaran KWSP Untuk Ibadah Haji

Tahukah anda bahawa KWSP ada memberi kelonggaran bagi pengeluaran KWSP untuk menunaikan Haji. Sebelum kita pergi lebih lanjut berkenaan cara-cara mengeluarkan KWSP untuk haji mari kita fahamkan apa itu ibadah haji.

Join Channel WhatsApp Kami Untuk Bantuan Kerajaan Terkini dan Info Semasa 2023

Haji merupakan salah satu ibadah dari 5 rukun Islam yang wajib ditunaikan bagi yang mampu. Berbeza dengan ibadah Umrah, ibadah haji hanya boleh ditunaikan pada waktu tertentu pada bulan haji, iaitu Zulhijah.

Ibadah haji adalah wajib bagi yang mampu, bukan atas dasar kemampuan kewangan semata-mata. Maksud kemampuan dalam ibadah haji adalah dari segi kemampuan fizikal, mental, kesihatan dan juga kemampuan dari segi kewangan.

Pengeluaran KWSP Bagi Menunaikan Haji

Pengeluaran KWSP Bagi Menunaikan Haji

Haji dari segi bahasa arab ialah menuju atau mengunjungi ke sesuatu tempat dari segi syarak bermaksud mengunjungi Masjidil Haram (Kaabah) pada masa-masa tertentu bermula dari bulan Syawal sehinggalah 10 hari pertama bulan Zulhijjah, serta melaksanakan perkara-perkara yang wajib bagi menyempurnakan ibadah haji.

Perbelanjaan untuk menunaikan Haji memerlukan wang tunai yang agak banyak. Namun begitu, KWSP membenarkan pengeluaran Akaun 2 bagi membantu mereka yang memenuhi syarat untuk menunaikan haji.

Ahli beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.

Siapa Yang Boleh Memohon Pengeluaran

Antara syarat-syarat yang membolehkan seseorang itu mengeluarkan KWSP bagi menunaikan haji ialah

  • Umur bawah 55 tahun
  • Dipilih untuk melakukan ibadat haji oleh LTH
  • Tidak pernah membuat permohonan pengeluaran haji dengan KWSP
  • Simpanan di LTH tidak mencukupi untuk menampung kos menunaikan haji

Pemohon hanya boleh memohon sekali sahaja pengeluaran dari KWSP bagi menunaikan haji.

Jenis Pengeluaran Yang Dibenarkan

Perbezaan jumlah kos haji dengan baki simpanan akaun LTH ahli tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000.00 ATAU baki Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah).

Jumlah keseluruhan untuk ibadat haji yang ditentukan oleh LTH bergantung kepada kos sebenar mengikut musim haji. Untuk ahli yang mengerjakan haji untuk kali kedua dan seterusnya, perbezaan di atas tidak termasuk kos visa haji.

Kos mengerjakan haji yang ditetapkan oleh LTH adalah berbeza-beza mengikut musim haji.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pengeluaran

Untuk memohon, bawa bersama dokumen berikut ke pejabat KWSP terdekat:

  • Kad Pengenalan Diri (MyKad/MyPR/KP Polis/KP Tentera)
  • Surat tawaran dari LTH dengan status “DIPILIH”
  • Penyata Akaun Simpanan LTH (baki simpanan adalah merujuk kepada baki wang yang ada di dalam Akaun Simpanan LTH ahli pada tarikh Surat Tawaran Mengerjakan Haji dikeluarkan) 

Mereka yang ingin membuat pengeluaran KWSP bagi menunaikan haji tidak perlu mengisi borang, hanya perlu menurunkan cop ibu jari di atas “Notis Pengesahan Permohonan Pengeluaran” sebagai bukti permohonan pengeluaran.

Pengeluaran KWSP Kena Bayar Balik Atas Sebab

Jumlah pengeluaran perlu dibayar balik jika:

  • Pemohon membatalkan atau menangguhkan ibadat haji dimana jumlah penuh pengeluaran perlu dipulangkan semula ke KWSP
  • Pemohon meninggal selepas pengeluaran dibuat dimana waris tidak perlu memulangkan semula dan boleh dituntut tertakluk kepada prosedur LTH terkini

Maklumat Lanjut Pengeluaran KWSP Akaun 2 Untuk Ibadah Haji

Sebarang maklumat lanjut mengenai pengeluaran akaun 2 KWSP bagi menunaikan Haji, sila hubungi

Masa Operasi Panggilan: Isnin – Jumaat 8.30 pagi ke 4.30 petang (Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)

Baca juga

Jemput masuk ke Telegram Channel saya!

Leave a Comment