Ramai yang ingat bahawa kalau nak buat pengeluaran KWSP kena tunggu pencen ataupun bersara. Tapi sebenarnya, KWSP telah membenarkan pengeluaran sebahagian atau pengeluaran penuh dari simpanan KWSP samada akaun 1 atau akaun 2 bagi keperluan tertentu.
Kandungan Artikel
Jenis Pengeluaran KWSP Akaun 2
Bagi anda yang mempunyai simpanan di KWSP, jom kita tengok jenis-jenis pengeluaran dekat KWSP yang dibolehkan.
Pengeluaran Untuk Pendidikan
Jika anak anda atau anda sendiri melanjutkan pelajaran ke universiti, tapi tiada wang mencukupi untuk menampung pendidikan, maka anda boleh keluarkan wang KWSP dari akaun 2 anda untuk menampung kos pendidikan tersebut.
Anda boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.
Baca selanjutnya di: Pengeluaran KWSP untuk Pendidikan
Pengeluaran Untuk Rumah
KWSP juga ada buat untuk pengeluaran bagi perumahan. Antara yang termasuk dan boleh membuat pengeluaran KWSP ialah
- Pembelian Rumah
- Pembinaan Rumah Atas Tanah Sendiri Atau Tanah Orang
- Bayar Baki Pinjaman Perumahan
- Ansurans Bulanan Pinjaman Perumahan
- Sebagai Penilaian Bagi Pinjaman Perumahan
- Pembelian Rumah PR1MA
Pengeluaran Untuk Haji
Ahli KWSP beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan. Pengeluaran KWSP bagi menunaikan haji ini bagi tujuan menampung pembelanjaan berkenaan ibadah haji dan bukannya kos keseluruhan haji.
Pengeluaran Untuk Kesihatan dan Perubatan
KWSP juga membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan samada diri sendiri atau keluarga untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.
Antara senarai penyakit kritikal yang layak memohon pengeluaran KWSP ialah
- Kanser
- Sistem Kardiovaskular
- Endokrin/Perubatan
- Gastroenterologi/Hepatologi
- Sistem genitourinari
- Hematologi
- Sistem saraf
- Oftalmologi
- Ortopedik
- Sistem Pernafasan
- Penyakit kanak-kanak di bawah 16 tahun
- Penyakit Mental
- Sistem Muskuloskeletal
- Rheumatologi
- Lain-lain penyakit
Maklumat Lanjut Pengeluaran KWSP Akaun 2
Sebarang maklumat lanjut mengenai pengeluaran akaun 2 KWSP, sila hubungi
Masa Operasi Panggilan: Isnin – Jumaat 8.30 pagi ke 4.30 petang (Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)
Sekiranya anda menghadapi masalah atau ingin tahu lebih lanjut boleh rujuk KWSP customer service.
Baca juga