Penanda wacana merupakan kata penghubung yang digunakan untuk menghubungkan perkataan antara dua perenggan atau dua ayat membentuk satu ayat. Ia juga untuk menunjukkan kaitan antara satu ayat dengan ayat yang sebelumnya.
Selain itu penanda wacana juga digunakan sebagai penghubung antara dua ayat supaya maksudnya serta urutannya menjadi jelas.
Isi Kandungan
Penggunaan penanda wacana dalam sebuah karangan amat penting bagi membolehkan ayat-ayat dalam perenggan disusun dengan baik mengikut urutan.
Fungsi Penanda Wacana
Terdapat 4 jenis fungsi penanda wacana di dalam bahasa melayu iaitu
- Menunjukkan maksud tambahan
- Menjelaskan maksud bertentangan
- Menerangkan sebab dan akibat
- Menunjukkan tempoh waktu
Menunjukkan Maksud Tambahan
Antara contoh penanda wacana yang menunjukkan maksud tambahan ialah lebih-lebih lagi, malahan, lagi pun, justeru, di samping itu, sejajar dengan itu, tambahan pula, sehubungan dengan itu, selain itu, dan selanjutnya.
Penggunaannya bertujuan untuk menerangkan dengan luas tentang perkara sebelumnya atau menerangkan lebih lanjut.
Antara contoh ayatnya ialah
- “Izzudin pulang lewat dari syarikatnya. Lebih-lebih lagi, beliau baru dinaikkan pangkat.”
- “Pak Din mengusahakan kedai perabot. Di samping itu, dia juga mengusahakan kebun makan.”
Menjelaskan Maksud Bertentangan
Antara contoh jenis ini ialah sungguhpun, walau bagaimanapun, walaupun demikian, kendatipun, biarpun begitu, padahal dan sebaliknya.
Penanda wacana jenis ini berfungsi untuk menerangkan situasi berlawanan atau bertentangan pada maklumat yang baharu diperkatakan sebelumnya.
Selain itu, penanda wacana ini juga menjelaskan maksud sebaliknya daripada keterangan dalam ayat terdahulu.
Contoh ayat yang digunakan adalah seperti berikut:
- “Salleh telah lama berhijrah ke Kuala Lumpur. Namun hati kecilnya masih teringat akan kampung halamannya di utara sana.”
- “Ryda merupakan anak angkat Pak Lotfie yang telah dipelihara sejak kecil lagi. Walau bagaimanapun, Pak Lotfie telah dianggap seperti bapa kandung sendiri.”
Menerangkan Sebab dan Akibat
Penanda wacana jenis ini adalah bagi mengemukakan maksud sesuatu yang menerangkan akibat atau kesimpulan daripada perkara yang telah pun berlaku sebelumnya dan juga menerangkan sebab musabab berlakunya sesuatu.
Contoh penanda wacana jenis sebab dan akibat ini ialah oleh sebab itu, oleh hal demikian, dengan itu, maka, lantaran itu, akibatnya, jadi, dan kesudahannya. Berikut adalah fungsinya dalam ayat:
Antara contoh ayat yang sering digunakan adalah seperti:
- “Kejadian pecah rumah sering berlaku di kawasan taman perumahan Pak Ali. Oleh hal demikian, pihak polis telah mengarahkan ahli Rukun Tetangga menjalankan kerja-kerja rondaan dengan lebih kerap.”
- “Keadaan hidup keluarga Samad amat daif. Maka, dia terpaksa bekerja lebih keras untuk membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan.”
Menunjukkan Tempoh Waktu
Penanda wacana jenis ini adalah untuk menjelaskan urutan masa atau berlakunya sesuatu secara bersiri. Selain itu, penanda wacana ini digunakan untuk mengemukakan maksud perkara yang berlaku pada masa itu, selepas atau sebelumnya.
Penanda wacana yang terdapat di dalam jenis ini ialah seperti berbalik kepada hal tadi, akhirnya, sementara itu, sejenak kemudian, seterusnya, selepas itu, kemudian, dan dalam pada itu.
Berikut adalah contoh ayat bagi menerangkan fungsi penanda wacana ini:
- Saya tidak dapat hadir ke aktiviti kokurikulum atas dua sebab utama. Pertama, kaki saya sakit. Kedua, hujan turun dengan lebat ketika itu.
- Sebaik sahaja rombongan kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, kami dibawa ke balai menunggu. Sejurus selepas itu, kami diberi taklimat ringkas oleh ketua rombongan.
Maklumat Lanjut
Untuk info lanjut, sila tontoh video berikut