Maulidur Rasul 2023/1445H: Koleksi Ucapan, Pantun dan Poster

12 Rabiulawal 1445H 28 September 2023 merupakan tarikh maulidur rasul bagi tahun 2023.

Tema sambutan pada tahun 2023/1445H adalah “Perpaduan Teras Malaysia Madani.”

Bulan Rabiulawal merupakan bulan ketiga dalam Takwim Hijrah. Bulan ini membawa satu peristiwa besar yang menjadi ingatan kepada seluruh umat manusia. Nabi Muhammad SAW telah diputerakan pada bulan ini iaitu pada 12 Rabiulawal.

Kami akan kongsikan contoh ucapan salam maulidur rasul, pantun serta koleksi poster maulid nabi untuk anda post di media sosial anda.

Selawat Maulidur Rasul

Kami dengan rendah hati mengajak sekalian para muslimin dan musliman untuk turut bersalawat ke atas junjungan kita sempena Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. yang bertarikh 12 Rabiulawal 1445H bersamaan dengan 28 September 2023.

selawat maulidur rasul

” Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku di hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku”

“Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali Allah S.W.T berselawat ke atasnya 10 kali”(Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Sama-sama kita hayati Selawat Maulidur Rasul bersama Imam selama 1 JAM ini

Teks Selawat Nabi Maulidul Rasul

Berikut adalah merupakan teks selawat:

  • ‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد (Selawat Allah ke atas Muhammad)
  • ‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ (Selawat salam dipohon lagi)
  • ‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد (Selawat Allah ke atas Muhammad)
  • ‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ (Selawat salam dipohon lagi)
  • ‎يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ (Wahai Nabi salam atasmu)
  • ‎يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ (Wahai Rasul, salam atasmu)
  • ‎يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ (Wahai kekasih, salam atasmu)
  • ‎صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ (Selawat Allah ke atasmu)
  • ‎أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا (Bulan purnama menyinari kita)
  • ‎فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ (Hilang segala cahaya)
  • ‎مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا (Indah menawan tak pernah dilihat)
  • ‎قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ (Wajah gembira sepanjang hayat)
  • ‎أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ (Kaulah matahari, kaulah bulan)
  • ‎أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ (Kaulah cahaya mengatasi cahaya)
  • ‎أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي (Kaulah rahsia hidup mulia)
  • ‎أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ (Kaulah menyuluhi jiwa)
  • ‎يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد (Wahai kekasihku, ya Muhammad)
  • ‎يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ (Wahai pendamping indah sejagat)
  • ‎يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ (Wahai Nabi dijulang dipuja)
  • ‎يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ (Wahai imam 2 kiblat)
  • ‎مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد (Bahagialah orang memandang wajahmu)
  • ‎يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ (Wahai penghulu keturunan mulia)
  • ‎حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد (Kolam airmu sejuk jernih)
  • ‎وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ (Kunjungi kami pada hari akhirat)
  • ‎عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى (Allah mengetahui rahsia sulit)
  • ‎مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ (Dialah menyahut semua seruan)
  • ‎رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا (Wahai Tuhan Rahmatilah kami)
  • ‎بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ (Dengan segala amalan soleh)
  • ‎وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد (Selawat Allah ke atas Muhammad)
  • ‎عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ (Sebanyak baris kertas ditulis)
  • ‎أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد (Ahmad Muhammad petunjuk jalan)
  • ‎صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ (Empunya wajah berseri menawan.)

Sambutan Maulidur Rasul

Pelbagai acara sambutan Maulidur Rasul diadakan bagi memuliakan hari keputeraan junjungan kita ini.

Antara program yang selalu dilaksanakan sempena Maulidur Rasul ini ialah

  • Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri
  • Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah
  • Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Masjid dan Surau
  • Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
  • Ceramah Maulidur Rasul

Ucapan Sempena Maulidur Rasul

Ucapan 1

Salam Maulidur Rasul, 12 Rabiul Awal 1445H lahirnya seorang pahlawan sejati Islam Baginda Nabi Muhammad SAW seiring tarikh penting bagi seluruh umat Islam dimana ia dapat menghasilkan keinsafan, kecintaan dan kasih kepada Baginda SAW

Ucapan 2

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1445H/2023
Ucapan Salam Maulidur Rasul buat semua yang beragama Islam di Malaysia

Ucapan 3

Salam Maulidur Rasul 1445H/2023 diucapkan buat semua umat Islam.
Bersempena dengan bulan Maulid penuh barakah ini, jangan lupa untuk memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas junjungan mulai Nabi Muhammad SAW. Semoga kita memperoleh syafaat agung Badinga di akhirat kelak

Ucapan 4

“Sesungguhnya pada diri Rasullah SAW adalah sebaik-baik teladan dan ikutan bagi insan yang mengharapkan keredhaan Allah SWT dan kebahagian di akhirat” – Surah al-Ahzab, ayat 21

SALAM MAULIDUR RASUL 1445 HIJRAH

Ucapan 5

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 12 Rabiuawal 1445H

Semoga kita sentiasa memantapkan keyakinan, meningkatkan kecintaan, mencontohi perlakuan dan menghayati al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW

Ucapan 6

Ucapan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan hanya bagi Allah SWT serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga dengan suri tauladan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad SAW menjadi pedoman buat kita semua. Salam Maulidur Rasul 1445 Hijrah

Ucapan 7

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1445H

“Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat” – Riwayat Muslim (384)

Pantun Sempena Maulidur Rasul

Pantun 1

Ikan belut dari sawah,
Digulai bersama ikan nila,
Jika hidup ingin mulia,
Ikuti sunnahnya Rasulullah

Pantun 2

Ikan Bawal masak kari,
Makan malam bersama keluarga,
Berselawat kita setiap hari,
Dapat syafaat mudahlah ke syurga

Pantun 3

Bulan Islam ada dua belas,
Bulan Rabiulawal bulan ketiga,
Dalam berjuang mestilah ikhlas,
Terbuka luas pintu syurga

Pantun 4

Cantik kuntuman bunga dahlia,
Pohon melatih di tepi perigi,
Rasullulah junjungan yang mulia,
Halus pekerti indah peribadi

Pantun 5

Hiasan meja si kain renda,
Sulaman tangan ibu saudara;
Contohi sifat akhlak Baginda,
Agar hidup kita sejahtera.

Pantun 6

Pokok keladi di tepi paya,
Bunga teratai kembang bertaut;
Apa guna kita berjaya,
Jika nabi tidak diikut.

Pantun 7

Pelangi petang selepas hujan,
Cuaca sejuk diwaktu malam;
Nabi Muhammad diutuskan Tuhan,
Membawa Rahmat seluruh Alam.

Pantun 8

Pokok senduduk di tanah seberang,
Berselang rapat si pokok jati;
Baginda hebat di medan perang,
Sehingga musuh sangat hormati.

Poster Ucapan Maulidur Rasul

Sempena Maulidur Rasul pada 28 September 2023 ini, kami kongsikan beberapa poster ucapan untuk anda kongsikan di media sosial anda.

ucapan selawat maulidur rasul
ucapan maulidur rasul
tarikh maulidur rasul
maulid rasul poster
hari maulidur rasul
maulid rasul tarikh
maulidur rasul
Maulidur Rasul 2023

Hukum Menyambut Maulidur Rasul

Mengikut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan setelah mengamati pendapat-pendapat ulama, Mufti WP berpandangan bahawa sambutan Maulid al-Rasul adalah harus dan termasuk dalam bid’ah hasanah tetapi hendaklah dengan meraikan beberapa syarat utama, antaranya:

  • Pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah.
  • Tiada percampuran lelaki dan perempuan.
  • Menutup aurat.
  • Tiada unsur maksiat.
  • Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun. Alhamdulillah terdapat banyak kitab yang kita dapat manfaat untuk mengenali dan makrifah Rasulullah SAW. Antaranya:
    • Kitab al-Rahiq al-Makhtum oleh Syeikh Safiyurrahman al-Mubarakfuri
    • Kitab Sirah Nabawiyyah oleh Ibn Hisham
    • Kitab al-Syamail al-Muhammadiyyah oleh Imam al-Tirmizi
  • Penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Begitu juga memahami fiqhnya seperti:
    • Kitab Fiqh al-Sirah oleh Syeikh Muhammad al-Ghazali
    • Kitab Fiqh al-Sirah oleh Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti
    • Kitab Al-Sirah al-Nabawiyyah Durus wa ‘Ibar oleh Syeikh Dr. Mustafa al-Siba’ie
    • Kitab Al-Manhaj al-Haraki li al-Sirah al-Nabawi oleh Syeikh Dr. Munir al-Ghadban dan lain-lain
  • Meraikan kegembiraan dan kesyukuran kelahiran Baginda SAW dengan bersedekah kepada fakir miskin. Sebagai mengukuhkan kenyataan ini, suka saya petik pendapat Imam Abu Syamah. Antara lain berkata: “Termasuk perkara baru atau bid’ah yang dilakukan pada masa kita iaitu sambutan setiap tahun pada hari kelahiran Baginda SAW dengan bersedekah, melakukan yang ma’ruf, menzahirkan perhiasan dan kegembiraan. Maka sesungguhnya disamping itu, melakukan ihsan kepada golongan fakir miskin adalah tanda kecintaan dan memuliakan Rasulullah SAW dalam hati orang yang menyambutnya. Begitu juga merupakan tanda kesyukuran kepada Allah kerana diutus-Nya Rasulullah SAW sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam.”

Penutup

Semoga Maulidur Rasul kali ni lebih bermakna buat kita dan jadikan kepimpinan Rasullullah sebagai rujukan untuk kita menjadi sebaik umat dalam abad yang mencabar kini.

Sumber: https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/1048-bayan-linnas-siri-ke-80-hukum-menyambut-maulid-al-rasul

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!