Sebagai seorang Islam kita kena ambil tahu tentang mandi wajib. Mandi wajib ni bermaksud membersihkan diri daripada segala hadas besar seperti bersetubuh, keluar air mani, haid atau nifas.
Join Channel WhatsApp Kami Untuk Bantuan Kerajaan Terkini dan Info Semasa 2023
Cara mandi wajib adalah meratakan air ke seluruh tubuh badan dari hujung rambut sampai hujung kaki termasuklah celah-celah pelipat.
Sebelum mandi wajib kita mestilah berniat untuk mandi wajib dan barulah mandi supaya mandi wajib kita itu sah.
Ini kerana niat adalah termasuk dari perkara wajib dan mandi wajib itu menjadi sah selain dari meratakan air ke seluruh badan.
Sebab Perlu Mandi wajib
Menurut mufti wilayah persekutuan seseorang itu dianggap sebagai wajib mandi wajib disebabkan oleh dua perkara iaitu
- Keluar air mani sama ada di kalangan lelaki atau perempuan dengan apa-apa sebab sekalipun sama ada dengan bermimpi, bercumbuan, melihat seseorang dengan berahi atau berkhayal.
- Bersetubuh sekalipun tidak keluar air mani.
Antara lain sebab wajib mandi wajib ialah
- Keluar darah Haid bagi wanita.
- Nifas iaitu darah yang keluar dari faraj wanita ketika melahirkan anak (Wiladah)
- Wiladah – wanita yang melahirkan anak.
- Mati kecuali mati syahid
- Masuk Islam orang dari ajaran sebelumnya (“kafir”)
Rukun Mandi Wajib
Rukun mandi wajib ada dua sahaja dan mandi wajib itu menjadi sah. Antara rukun mandi wajib ialah
- Berniat untuk mandi wajib
- Meratakan air ke seluruh anggota badan termasuk celah-celah pelipat
Niat hendaklah dibaca sambil air diratakan ke seluruh anggota badan. Sekiranya ada kotoran pada badan, hendaklah dibersihkan terlebih dahulu sebelum mandi hadas besar.
Niat Mandi Wajib
Berikut merupakan niat mandi wajib bagi hadas besar, junub, haid dan nifas
Niat Mandi Wajib Hadas Besar

Dalam rumi: Nawaitu Raf ‘al Hadasil Akbari Lillahi Ta’ala.
Niat dalam Bahasa Melayu: Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala
Niat Mandi Junub

Dalam rumi: Nawaitul Ghusla ‘Anil-janabati Lillahi Taala
Dalam Bahasa Melayu: Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala
Niat Mandi Wajib Selepas Haid

Dalam rumi: Nawaitul Ghusla ‘Anil Haidhi Lillahi Taala
Niat Dalam Bahasa Melayu: Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”
Niat Mandi Wajib Nifas

Niat Dalam Rumi: Nawaitul Ghusla ‘Anin-nafasi Lillahi Taala
Niat Mandi Nifas Dalam BM: Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Cara Mandi Hadas
Berikut merupakan antara langkah-langkah dan cara mandi wajib yang lengkap mengikut panduan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
- Niat bila air sampai ke badan
- Membaca “Bismillah”
- Basuh tangan tiga kali
- Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
- Bersihkan tangan kiri dengan sabun
- Ambil wuduk seperti yang biasa dilakukan sebelum solat, atau boleh tangguhkan membasuh kaki selepas selesai mandi
- Basuh kepala dengan mengusap rambut secara rata dan siram kepala 3 kali dengan air. Bagi perempuan yang mandi haid atau mandi junub, hendaklah ditanggalkan ikatan rambut
- Mulakan dengan bahagian kanan badan
- Sapukan air ke seluruh badan
- Berwuduk jika ingin menunaikan solat fardhu
Disunnahkan mandi wajib dengan menghadap kiblat dan dimulakan dengan sisi kanan.
Cara Mandi Wajib Selepas Haid
Mesti ramai yang was-was berkenaan mandi haid yang betul kan. Kekadang dah mandi tapi kita was-was adakah dah suci atau belum. Samalah. kita pun kekadang pening maklumlah dengan kitaran haid tak menentu.
Untuk ini apakata kita tondon video oleh ustazah siti aisyah
Soalan dan Jawapan

Lepas mandi wajib kita pakai semula pakaian yg ada najis atau bernajis contoh air mazi, air kencing sah ke mandi wajib atau kena ulang semula mandi?
Mandi wajib sah apabila diniatkan, kemudian air diratakan ke seluruh tubuh dari hujung rambut ke hujung kaki termasuk ke segenap pelipat. Pakai apa2 saja selepas itu tak menjejaskan sahnya mandi itu. Sebaiknya elakkan pakai pakaian bernajis.
Bilakah perlu dibaca niat mandi wajib ini?
Niat mandi wajib ini perlu dibaca apabila air telah menyentuh kulit tubuh kita. Niat boleh dilafazkan melalui mulut atau dibaca dalam hati.
Apa beza mandi wajib dan mandi sunat?
Perbezaannya hanyalah niat tapi cara mandinya tetap sama
Apakah hukum mandi wajib selepas bersetubuh?
Wajib untuk anda melakukan mandi wajib.
Boleh ke kalau kita guna niat “Sahaja Aku Mandi Hadas Besar Kerana Allah Ta’ala” Untuk Mandi Hadas Haid, Nifas, Wiladah & Junub?
Boleh. In kerana dalam hadas besar itu merangkumi haid, nifas, wiladah, junub dab sebagainya.