KWSP Customer Service: Cara Hubungi Dan Buat Aduan

Ingin mengeluarkan duit dari akaun 2 KWSP tetapi tidak tahu siapa untuk dihubungi. Teruskan membaca kerana kami ada kongsikan nombor KWSP Customer service untuk anda hubungi sekiranya memerlukan bantuan dari pekerja hotline KWSP.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara tabung simpanan persaraan tertua dan yang terbesar di dunia. Ditubuhkan pada 1951, KWSP membantu tenaga kerja Malaysia menabung untuk persaraan mereka selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.

Masalah Yang Memerlukan Bantuan KWSP

Antara masalah yang sering dihadapi pelanggan yang memerlukan bantuan KWSP ialah

  • Pengeluaran dari Akaun 2 KWSP untuk pendidikan
  • Pengeluaran dari Akaun 2 KWSP untuk beli rumah
  • Pengeluaran dari Akaun 2 KWSP untuk bina rumah
  • Pengeluaran dari Akaun 2 KWSP untuk bayar baki pinjaman perumahan
  • Pengeluaran dari Akaun 2 KWSP untuk membeli rumah PR1MA
  • Pengeluaran dari Akaun 2 KWSP untuk menunaikan haji
  • Pengeluaran dari Akaun 2 KWSP bagi kematian
  • Pengeluaran dari Akaun 2 KWSP untuk hilang upaya

antara masalah lain yang memerlukan bantuan customer service KWSP ialah

  1. Persediaan untuk Persaraan: Memerlukan bimbingan untuk menyusun perancangan kewangan dan persaraan yang sesuai.
  2. Pengurusan Tabungan Persaraan: Memerlukan bantuan dalam memilih pelaburan yang sesuai untuk tabungan persaraan dalam akaun KWSP.
  3. Pengeluaran Awal dari Akaun KWSP: Memerlukan panduan mengenai prosedur dan syarat-syarat untuk pengeluaran awal bagi tujuan seperti pendidikan, pembelian rumah pertama, atau perbelanjaan kesihatan.
  4. Pelan Persaraan: Memerlukan bimbingan dalam merancang pelan persaraan yang sesuai dengan keperluan dan matlamat kewangan individu.
  5. Pelan Simpanan Pendidikan: Memerlukan bantuan untuk menyusun pelan simpanan pendidikan untuk membiayai pendidikan anak-anak atau kewangan pendidikan sendiri.
  6. Pelan Persaraan Berasingan: Memerlukan nasihat tentang pengeluaran persaraan berasingan dan impaknya terhadap tabungan persaraan keseluruhan.
  7. Pelaburan Alternatif: Memerlukan maklumat tentang pelaburan alternatif yang disokong oleh KWSP, seperti pelaburan dalam Akaun Simpanan Bersama (ASB) atau unit amanah.
  8. Pengurusan Kewangan Semasa Krisis: Memerlukan bimbingan dalam pengurusan kewangan semasa krisis ekonomi atau kewangan peribadi yang sukar.
  9. Rancangan Pembayaran Balik Pinjaman Pendidikan: Memerlukan nasihat tentang cara terbaik untuk membayar balik pinjaman pendidikan menggunakan dana KWSP.
  10. Bantuan dan Sokongan untuk Persaraan yang Aman dan Selesa: Memerlukan bantuan untuk memastikan persaraan yang selamat dan selesa dengan memanfaatkan tabungan dan perkhidmatan KWSP dengan bijak.

Oleh itu blogr akan kongsikan KWSP hotline number bagi memudahkan pelanggan menghubungi mereka untuk mendapatkan sebarang bantuan mengenai masalah yang dihadapi.

KWSP Customer Service Hotline Number

Jika anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi KWSP hotline number di 03-89226000 dan ejen KWSP akan bantu anda dengan segera. Berikut merupakan nombor hotline KWSP customer service untuk dihubungi

  • Hotline KWSP: 03-89226000
KWSP Customer Service

KWSP Customer Service 24 Hours Number

KWSP tiada perkhidmatan 24 jam. Jadi sekiranya ada masalah sila hubungi nombor hotlin KWSP dibawah untuk sebarang bantuan

  • 03-89226000

Waktu Operasi KWSP Hotline Number

Pihak careline KWSP customer services beroperasi setiap hari Isnin sampai Jumaat dari jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. Manakala hari Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor perkhidmatan hotline tidak berfungsi. Jadi sekiranya anda menghadapi masalah, terus sahaja hubungi pihak KWSP customer servis supaya masalah yang anda hadapi akan selesai.

Sekiranya anda menghadapi masalah kecemasan berkaitan KWSP anda juga boleh live chat customer service KWSP yang beroperasi 24 jam sehari 7 hari seminggu di Live Chat KWSP.

Cara Buat Aduan Dekat KWSP Customer Servis

Pastikan anda tahu masalah yang dihadapi terlebih dahulu sebelum menghubungi hotline nombor KWSP. Cara buat aduan kerosakan kepada pihak KWSP ialah

  • Sila hubungi mana-mana nombor customer service di atas
  • Pastikan hubungi ketika waktu operasi sahaja
  • Anda akan bercakap dengan pegawai customer servis
  • Terangkan masalah yang anda hadapi kepada pegawai tersebut dan mereka akan membantu anda
  • Sekiranya masalah tidak dapat diselesaikan sila buat open report supaya pihak teknikal KWSP akan membantu anda.

Bagi yang menghadapi masalah postage dengan Perbankan seperti OCBC atau Bank Islam boleh buat aduan di OCBC Customer Service dan Bank Islam Customer Service.

Jemput masuk ke Telegram Channel saya!

1 thought on “KWSP Customer Service: Cara Hubungi Dan Buat Aduan”

  1. Tuan, saya guru bersara dan akan berumur 60 tahun pada Julai tahun 2024 ini. Saya memang ahli KWSP dan telah mencarum secara sukarela sejak bersara pada tahun 2022. Saya dengar pada tahun 2024 ini kalau mencarum ke akaun i-saraan, kami akan dihadiah RM500. Dan baru baru ini saya telah mendaftar secara online i-saraan.

    Bolehkah saya tahu bagaimana cara patut saya mencarum ke akaun i-saraan, dan perlu mencarum berapa amount supaya saya boleh mendapat hadian RM500 ini?

    Adakah mencarum secara sukarela yang selama ini yang saya buat, sama dengan mencarum dalam i-saraan? Ini amat mengelirukan saya!

    Sila perjelaskan kepada saya secepat mungkin sebab takut tak sempat untuk saya mendapat RM500 ini sebab saya akan capai umur 60 tahun pada Julai ini!

    Sekian.
    Terima kasih.

    Reply

Leave a Comment