Khasiat murungai sangat menarik dan mempunyai begitu banyak manfaat tersendiri dalam perubatan dan kesihatan manusia.
Tapi mesti anda tak pernah dengar nama murungai kan? Kalau bahasa saintifiknya ia dikenali sebagai moringa oleifera ataupun di Malaysia dikenali sebagai daun kelor.
Isi Kandungan
Murungai
Murungai adalah tumbuhan yang cukup besar berasal dari India utara. Kebiasaannya tumbuhan ini turut dikenali sebagai ‘daun kelor’, ‘Murungai’ atau ‘Rumungai’ yang merupakan sejenis Superfood kerana kandungan nutrisinya yang amat hebat.
Dalam sejarah, moringa dikenali sebagai ‘pokok ajaib’ kerana berkesan digunakan untuk tujuan perubatan.
Lebih menarik, daun murungai bukan sahaja bermanfaat untuk badan tetapi juga bertindak sebagai perangsang otak dan melindungi otak daripada kesan stress dan kerosakan dalaman.
Malah, ia dikaji boleh meningkatkan memori dan pembelajaran kanak-kanak. Tidak dinafikan lagi, manfaat daun moringa ini amat sesuai untuk situasi selepas pandemik di mana banyak kajian mendapati kanak-kanak yang dilahirkan pasca pandemik mengalami impak negatif terhadap perkembangan verbal, motor dan daya pemikiran mereka.
Walaupun khasiat daun murungai luar biasa hebatnya, ada ibu bapa yang mengalami kesukaran untuk mengajar anak mereka mengamalkan superfood ini.
Disebabkan itu, ibu bapa boleh mengamalkan daun murungai daripada sumber makanan tambahan agar dapat memanfaatkan kebaikannya untuk kesihatan dan perkembangan minda anak-anak.
Khasiat Murungai
Dalam perubatan tradisional, hampir semua bahagian pokok ini digunakan termasuk biji, daun, kulit kayu, akar dan getahnya. Di Amerika Syarikat murungai popular dijadikan suplemen dan rumusan dalam bahan penjagaan kulit.
Pada dasarnya, murungai ini dikatakan kaya dengan nutrien. Justeru, pokok moringa kadang-kadang dipanggil ‘pokok kehidupan’ kerana kemampuannya juga dikatakan dapat mengurangkan kesakitan dan risiko penyakit jantung, ulser dan penyakit kronik lain.
Antara khasiat murungai untuk tubuh badan kita ialah
1. Diet
- daun murungai ni mengandungi Protein, Vitamin A, Vitamin B6, Vitamin C, zat besi dan magnesium yang bagus untuk mereka yang sedang diet.
2. Kesihatan tubuh badan
- mengukuhkan sistem imun badan, bersifat anti-radang membantu kurangkan keradangan dalam tubuh.
- ia juga boleh meningkatkan tenaga dan stamina badan.
3. Penyakit kronik dan penyakit jantung
- kajian modern mengesahkan bahawa moringa mampu melawan penyakit kronik dan membuat jantung jadi lebih sihat.
4. Murungai untuk kecantikan
- ada manfaat untuk kulit dan rambut. boleh bantu kekalkan kelembapan kulit dan kekuatan rambut, menjadi bahan popular dalam produk kecantikan kini.
- Mereka yang mengamalkan moringa akan nampak kesan pada kulit nya, jadi lebih glowing dan auto berseri-seri. Kandungan antioksidan juga dapat mencerahkan kulit.
5. Perubatan
- dalam perubatan tradisional, moringa diguna utk merawat segala diabetes hingga hipertensi. Elakkan makan ubat lain atau jarakkan apabila anda makan murungai.
6. Fitness
- manfaat kandungan nutrien moringa bantu pemulihan dan pembinaan otot. sifat anti-radang bantu pemulihan cepat dari cedera atau latihan intensif.
7. Kesihatan Mental
- boleh stabilkan emosi dan mental, disahkan oleh kajian sains boleh beri kesan positif terhadap tekanan dan rasa cemas.
8. Merawat kanser
- Kandungan kalium di dalam moringa juga sangat banyak. Salah satu khasiat daripada daun murungai ialah mampu mengelakkan kanser. Daun ini mampu melambatkan dan merawat kanser di dalam badan.
9. Merawat asma
- Daun moringa membantu untuk mengurus serta mencegah gangguan pernafasan seperti asma dan penyempitan bronkial.
10. Khasiat Lain
Sebenarnya ada banyak lagi khasiat murungai ni iaitu
- Menurunkan kolesterol
- Menurunkan kadar gula dalam darah
- Menurunkan tekanan darah tinggi
- Membantu mencegah kanser
- Menyediakan nutrisi untuk mata dan otak
- Meningkatkan metabolisme tubuh
- Mendorong pembaikan struktur sel dalam tubuh
- Meningkatkan serum kolesterol baik
- Menghilangkan dan mencegah garis-garis halus di permukaan wajah
- Menurunkan kadar kolesterol jahat
- Meningkatkan dan menormalkan fungsi hati dan ginjal
- Mencantikkan kulit
- Meningkatkan tenaga tanpa gula
- Melawaskan pencernaan
- Bertindak sebagai antioksidan
- Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
- Melancarkan sistem peredaran darah
- Anti-inflamasi semulajadi
- Menstabilkan kadar gula normal dalam tubuh
- Menimbulkan perasaan sehat, tenang dan bebas stress.
Ini adalah antara sebahagian kebaikan dan khasiat murungai jika diminum setiap hari.
Kandungan Nutrisi Murungai
Murungai atau moringa yang merupakan sejenis Superfood kerana kandungan nutrisinya yang amat hebat iaitu mengandungi
- 50x Vitamin B3 berbanding Kekacang
- 50x Vitamin B2 berbanding Pisang
- 36x Magnesium berbanding Telur
- 25x Zat Besi berbanding Bayam
- 17x Kalsium berbanding Susu
- 15x Potassium berbanding Pisang
- 10x Vitamin A berbanding Carrot
- 9x Protein berbanding Yogurt
- 7x Vitamin C berbanding Buah Oren
Kesan Sampingan
Di bawah ini adalah senarai kesan sampingan yang dilaporkan boleh berlaku apabila mengambil produk berasaskan pokok Moringa mengikut Dr Rushdan Noor:
1. Alahan ataupun reaksi allergik termasuk kejutan anafilaksis
2. Masalah perut dan usus seperti loya, muntah, cirit-birit dan kembung perut
3. Ruam dan kegatalan kulit
4. Peningkatan enzim hati yang memungkinkan kerosakan hati jika diambil dalam kuantiti yang banyak untuk jangka masa panjang.
5. Gangguan fungsi buah pinggang dikesan terutama dari pengambilan bahagian akar dan kulit Moringa.
6. Kajian makmal ke atas sel bakteria mendapati ekstrak dari biji Moringa boleh merosakkan DNA (“genotoxic”).
7. Ekstrak dari akar Moringa juga mengandungi “alkaloid spirochin” yang boleh merosakkan saraf dikenali sebagai “neuro-paralytic toxin”.
8. Rhabdomyolysis adalah keadaan di mana otot2 dipecahkan pada kadar yang cepat dan pesakit mengalami sakit otot, lemah badan dan muntah.
9. Interaksi dengan ubat2 seperti ubat diabetes (sitaglipin), ubat darah tinggi dan ubat penyakit tiroid. Moringa juga mempunyai kesan melambatkan pembekuan darah dan boleh berinteraksi dengan ubat pencair darah seperti warfarin.
10. Keselamatan produk Moringa ke atas ibu hamil dan yang menyusukan anak belum dapat disahkan, jadi elok dielakkan.
Kesimpulan
Kesihatan merupakan anugerah ALLAH SWT yang paling bernilai buat manusia. Jagalah kesihatan badan kita supaya kita sentiasa dapat melakukan sebarang perkerjaan termasuk amal ibadah kiya kepadaNYA.
Bagi yang menghidapi gout jangan lupa makan buah kulim kerana antara khasiat buah kulim ialah mengurangkan kadar asid urik dalam darah yang merupakan punca utama penyakit gout.
Tahukah anda yang antara khasiat madu kelulut ialah dapat mengendurkan urat-urat yang tegang. Manakala antara khasiat daun durian belanda pula dapat mengatasi buasir atau simbelit. Manakala khasiat buah naga antaranya ia boleh memperkuatkan tulang dan gigi.
Kajian menunjukkan bahawa antara khasiat bunga telang dapat membantu meningkatkan fungsi kognitif, termasuk memori dan daya tumpuan.
Antioksidan merupakan antara khasiat zafron yang dapat membantu melindungi mata dari kerosakan yang disebabkan oleh penuaan. Ini dapat membantu dalam menjaga kesehatan mata jangka panjang.
Salah satu petua hilangkan batuk adalah dengan minum air asam jawa. Antara khasiat air kelapa ialah boleh mengurangkan penyakit demam campak. Berilah pada anak jika anak menghadapi demam campak.