12 Khasiat Minyak Zaitun Untuk Tubuh Badan Kita

Banyak sebenarnya khasiat minyak zaitun untuk tubuh badan kita. Sejak 50 tahun dahulu, kajian sains, menunjukkan diantara minyak yang amat sihat untuk kesihatan kita adalah minyak zaitun. Minyak zaitun berasal daripada buah zaitun (olea europaea) yang banyak digunakan dalam pemakanan dan juga kegunaan luar yang disapu pada kulit.

Khasiat Minyak Zaitun

Buah Zaitun

Salah satu makanan sunnah yang banyak diamalkan ialah minyak zaitun. Sejak 1400 tahun lalu, Nabi Muhammad SAW telah menganjurkan penggunaan minyak zaitun, kerana khasiatnya yang amat besar, dikeluarkan dari pohon zaitun yang diberkati.

Allah telah bersumpah dengan buah zaitun dan buah tin didalam Surah At-Tin ayat 1 menunjukkan buah zaitun ini adalah satu buah yang hebat dan mempunyai khasiat kesihatan yang amat tinggi.

Firman Allah SWT dalam Surah An-Nahl ayat 11 :

“Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.”

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW bersabda:

“Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati.”

(HR Al-Baihaqi dan Ibnu Majah).

Artikel pada kali ini, blogr akan berkongsi kepada pembaca berkenaan dengan khasiat minyak zaitun pada kesihatan yang perlu anda tahu.

Disebabkan mengandungi khasiat yang tinggi, minyak zaitun telah digunakan secara meluas dalam bidang kecantikan, perubatan termasuk juga dalam bidang pemakanan.

Jom baca perkongsian oleh Pakar Pemakanan, Hospital Columbia Asia, Iskandar Puteri Johor, Yap Pau Li mengenai khasiat minyak zaitun.

Khasiat Minyak Zaitun

Ada banyak khasiat minyak zaitun khususnya dalam memperkuatkan kesihatan tubuh badan. Antaranya ialah

1. Melindungi organ jantung

khasiat minyak zaitun untuk jantung
  • Kajian sains menunjukkan penduduk di Mediterranean yang banyak mengambil minyak zaitun dalam pemakanan mereka mempunyai kadar sakit jantung yang jauh lebih rendah berbanding penduduk di Amerika Utara dan Utara Eropah.
  • Kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Pharmacological Research tahun 2007 berdasarkan kajian mendalam yang dijalankan oleh Prof. Maria Covas di Sepanyol menunjukkan seseorang yang mengambil minyak zaitun secara kerap akan mempunyai risiko yang lebih rendah mendapat penyakit kardiovaskular iaitu penyakit jantung, darah tinggi, strok, kolesterol tinggi.
  • Kajian ini juga menunjukkan pengambilan minyak zaitun secara kerap akan mengurangkan masalah keradangan dan disfungsi endothelium saluran darah koronari dan penyumbatan saluran darah (thrombosis).

2. Mengatasi penyakit Alzheimer dan diabetes

  • Kajian yang khusus tentang penyakit Alzheimer juga mendapati minyak zaitun boleh mencegah penyakit ini kerana kandungan bahan ‘oleocanthal’ didalamnya. Bahan oleocanthal ini membantu mengeluarkan protein beta-amyloid yang tidak normal daripada otak seseorang. Kajian ini menunjukkan penyakit Alzheimer ini mempunyai kadar yang rendah dikalangan penduduk di kawasan Mediterranean berbanding dengan wilayah lain diseluruh dunia. Kajian ini diterbitkan dalam jurnal perubatan Chemical Neuroscience pada tahun 2013.

3. Mencegah strok

  • Kajian lain yang dijalankan di National Institute of Health and Medical Research (INSERM) di Bordeaux, Peranchis menunjukkan pengambilan minyak zaitun setiap hari mampu mencegah angin ahmar atau strok. Kajian ini dilaporkan dalam jurnal perubatan Neurology pada tahun 2011 yang menunjukkan seseorang yang mengambil minyak zaitun setiap hari mempunyai 41% risiko yang lebih rendah mendapat strok berbanding dengan seseorang yang tidak mengambil minyak zaitun

4. Menurunkan berat badan

  • Antara khasiat minyak zaitun ialah ia salah satu dari makanan sihat yang boleh menjaga kesihatan dan menurunkan berat badan kerana ianya rendah lemak.

5. Memiliki kadar antiradang yang tinggi

  • Kandungan (antiradang) dalam minyak zaitun dikatakan menyamai ubat antiradang ibuprofren. Sumber semula jadi minyak itu dipercayai boleh meringankan radang sendi (rheumatoid arthritis).

6. Mencegah pankreatitis akut (keradangan pankreas)

  • Kandungan asam oleat dan hydroxytyrosol dalam minyak zaitun mampu menghindarkan penyakit radang pankreas.
  • Menurut kajian saintifik, minyak zaitun bukan sahaja boleh membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh melalui khasiat polifenolnya yang sangat tinggi, ia juga boleh membantu menyokong kesihatan dan kecerdasan minda juga.

7. Mengurangi risiko depresi (stres)

khasiat minyak zaitun untuk Mengurangi risiko depresi
  • Dibandingkan dengan individu yang menggunakan lemak trans, mereka yang mengambil minyak zaitun akan mengalami masalah depresi yang lebih rendah iaitu sebanyak 48 peratus.

8. Bersifat antibakteria

  • Minyak zaitun boleh membunuh bakteria H.pylori. Mereka yang menikmati 30 gram minyak zaitun extra virgin setiap hari, dapat merawat 10 hingga 40 peratus jangkitan H.pylori selama kira-kira dua minggu.

9. Tinggi antioksidan

  • Minyak zaitun yang mengandungi vitamin K dan E boleh mencegah seseorang dari menghidap penyakit kronik kerana mempunyai antioksidan yang tinggi.

10. Mencegah penyakit radang usus besar (ulcerative colitis)

  • Minyak zaitun juga kaya dengan lemak “monounsaturated”. Ia membantu makanan untuk bergerak dengan lancar melalui usus besar. Ia juga mempercepatkan pergerakan usus dan sekaligus mengelakkan daripada sembelit.

11. Memperbaiki kesihatan kuku

  • Vitamin E dlm minyak zaitun boleh meningkatkan penampilan kuku yang mudah rapuh atau kuku yang terjejas oleh penyakit.

12. Membantu mentabilkan hormon

  • Dalam badan kita ada banyak jenis hormon antaranya hormon estrogen dan hormon progesterone (yang mempunyai fungsi tersendiri) terhadap diri kita. Hormon-hormon ini jika berada dalam stabil membantu mecegah banyak penyakit termasuk penyakit-penyakit wanita.
  • Satu pasukan ahli sains daripada Universitat Autonoma de Barcelona di Sepanyol melaporkan dalam tahun 2010. Pengkaji ini mendapati minyak zaitun mengurangkan aktiviti onkogen p21Ras, mencegah kerosakan DNA sel dan menggalakkan kematian sel-sel kanser payudara secara spontan.
  • Kajian ini menunjukkan minyak jagung yang kaya dengan omega 6 mempunyai kesan yang bertentangan dengan minyak zaitun. Oleh itu pengambilan serta dengan khasiat minyak zaitun ini boleh kita amalkan sebagai suplemen harian untuk mencegah penyakit yang merbahaya ini.

Bahaya Minyak Zaitun Tiruan

Bahaya jika beli minyak zaitun tiruan atau yang tidak berkualiti:

Risiko Kesihatan: Minyak zaitun tiruan mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh merosakkan kesihatan.

Tidak Berkesan: Minyak yang tidak asli mungkin tidak memberi manfaat kesihatan yang dijanjikan, malah boleh memburukkan lagi keadaan kesihatan.

Keracunan Makanan: Minyak yang dicampur dengan bahan lain boleh menyebabkan keracunan makanan dan masalah kesihatan lain.

Pembaziran Wang: Membeli produk yang tidak berkualiti hanya membazirkan wang anda tanpa mendapat khasiat minyak zaitun yang sepatutnya.

Kandungan Minyak Zaitun

Minyak zaitun mengandungi lemak mono tidak tepu (MUFA) yang menyihatkan, di samping lemak tepu dan juga lemak poli tidak tepu (PUFA) termasuk omega 3 dan omega 6.

Minyak zaitun juga mengandungi bahan anti oksidan iaitu hydroxy tyrosol, oleocanthal, squalene dan beta karotin. Ia juga mengandungi vitamin E tokoferol dan juga vitamin K.

Jika memilih minyak zaitun yang diimport dari luar negara, pastikan dahulu ketulenan logo pengesahan produk tersebut. Antaranya tercatat:

  • International Olive Council (IOC)
  • California Olive Oil Council (COOC)
  • Certified Australian Extra Virgin Olive Oil
  • Australia Olive Oil Association (AOOA)
  • Protected Destination of Origin-Europe

Pun demikian, Pau Lin memberitahu, pengambilan minyak zaitun asli yang telah diproses pada suhu tinggi atau terkandung bahan kimia tidak dicadangkan walaupun dijual pada harga yang melambung. Seperkara lagi, jangan keterlaluan menggunakan minyak zaitun kerana ia tetap mengandungi lemak.

Berdasarkan perspektif Islam, minyak zaitun daripada buah zaitun memang terbukti hebat. Dalam al-Quran, buah itu disebut sebanyak tujuh kali bersama dengan buah lain iaitu kurma, delima, anggur dan buah tin. Kesemuanya memiliki ‘kuasa‘ hebat untuk kesihatan.

Jenis Minyak Zaitun

Minyak zaitun dibahagikan kepada lima jenis iaitu extra virgin, virgin olive, pure olive, extra light/light dan pomace (gred paling rendah).

Daripada semua itu, extra virgin merupakan gred minyak zaitun yang paling tinggi dan mahal. Ia mengandungi kandungan antioksidan yang paling tinggi untuk melindungi sel-sel badan daripada dirosakkan.

manfaat minyak zaitun

Cara makan

  • 2 sudu besar pagi sebelum sarapan & 2 sudu besar malam sebelum tidur (masa perut kosong

Cara simpan

  • simpan di tempat sejuk dan kering jauh haba dan cahaya
  • tak perlu simpan dalam peti sejuk kerana ia akan beku(sifat minyak akan beku bawah suhu bilik)

Kesimpulan

Kesihatan merupakan anugerah ALLAH SWT yang paling bernilai buat manusia. Jagalah kesihatan badan kita supaya kita sentiasa dapat melakukan sebarang perkerjaan termasuk amal ibadah kiya kepadaNYA.

Leave a Comment

error: Content is protected !!