Tahukah anda bahawa buah ini kaya dengan pelbagai khasiat. Antara khasiat buah naga ialah mengandungi vitamin C, karotena, mineral, dan fitoalbumin yang bermanfaat untuk kesihatan.
Isi Kandungan
Antara khasiat Buah naga ialah membantu melambatkan proses penuaan, mencegah kanser, dan meningkatkan sistem imun tubuh.
Artikel pada kali ini, blogr akan berkongsi kepada pembaca berkenaan dengan khasiat buah naga pada kesihatan yang perlu anda tahu.
Apa Itu Buah Naga
Buah naga adalah sejenis buah tropika yang memiliki bentuk yang unik kerana memiliki kulit luar seperti duri.
Rasanya yang manis dan masam menjadikan buah eksotik dari Amerika Tengah ini pilihan popular, sama ada dimakan secara langsung atau dijadikan jus untuk diminum.
Setiap 100 gram buah ini mengandungi sehingga 3 gram serat serta kebaikan nutrisi lain seperti magnesium, zat besi di samping rendah kalori.
10 Khasiat Buah Naga Dalam Kesihatan
Buah naga mempunyai manfaat yang luar biasa jika di makan setiap hari. Antara khasiat buah naga ialah
1. Menurunkan kadar gula di dalam darah dan mencegah diabetes
Buah naga merah mengandungi gula sederhana yang sangat bagus untuk dimakan oleh pesakit diabetes, Kajian menunjukkan amalan memakan buah naga dapat mengawal kadar glukusa di dalam darah.
2. Melancarkan sistem pencernaan
Buah naga merah mengandung serat semulajadi yang tinggi. Serat sangat bagus untuk melancarkan sistem pencernaan yang bermasalah. Digalakkan juga yang sedang diet rajin memakan buah naga merah.
3. Memperkuatkan tulang dan gigi
Kandungan fosforus dan kalsium pada buah naga sangat baik untuk memperkuat tulang dan gigi. Sebagaimana kita tahu bahawa tulang dan gigi sangat memerlukan kehadiran fosforus dan kalsium yang cukup agar tulang dan gigi kita sihat.
4. Rendah lemak
Terdapat banyak biji-biji kecil dalam buah naga. Rupanya, biji ini merupakan lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan kerana menurunkan kolesterol baik dan menghilangkan kolesterol jahat.
5. Menurunkan kadar kolesterol darah
Kandungan zat dalam buah naga yang berfungsi untuk menurunkan kadar kolesterol tubuh badan. Dengan mengamalkan makan buah naga secara teratur maka akan membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan melancarkan peredaran darah dan jantung.
6. Mengandungi zat yang baik untuk tubuh badan
Dalamnya terkandung pelbagai zat yang baik bagi tubuh seperti kalsium, betakaroten, gula sederhana, vitamin, B1, B2, B3, vitamin C, fosfordan lycopine. Zat-zat tersebut sangat diperlukan oleh tubuh badan.
7. Meningkatkan Sistem Imun
Buah naga kaya dengan vitamin C dan antioksidan, dua komponen utama yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan sistem imun tubuh.
Dengan kandungan vitamin C dan antioksidan yang tinggi, buah naga adalah pilihan yang sangat baik untuk dimasukkan ke dalam diet harian bagi mereka yang ingin meningkatkan sistem imun mereka dan mengekalkan kesihatan yang baik.
8. Meningkatkan Kesihatan Kulit
Buah naga memiliki manfaat yang besar untuk kesihatan kulit kerana kandungan nutrisinya yang kaya dengan vitamin C, antioksidan dan juga hidrasi.
Dengan kandungan vitamin C, antioksidan, dan hidrasi yang tinggi, buah naga adalah pilihan yang baik untuk meningkatkan kesihatan kulit, menjadikannya lebih lembut, cerah, dan awet muda.
9. Menyokong Kesihatan Mata
Buah naga juga bermanfaat untuk kesihatan mata kerana kandungan nutrisinya yang kaya dengan beta-karotena, Lutein dan Zeaxanthin dan vitamin C.
Beta-karotena adalah prekursor vitamin A, yang penting untuk kesihatan mata. Vitamin A membantu menjaga penglihatan yang baik dan mencegah masalah seperti rabun malam.
Lutein dan zeaxanthin adalah antioksidan yang membantu melindungi mata dari kerosakan yang disebabkan oleh cahaya biru dari layar digital.
Dengan kandungan beta-karotena, lutein, zeaxanthin, dan vitamin C, buah naga dapat membantu menjaga kesihatan mata, meningkatkan penglihatan, dan melindungi mata dari kerosakan.
10. Menyihatkan jantung
Fiber atau serat juga berfungsi sebagai zat yang melawan dan mencegah penyakit seperti serangan jantung, stroke dan gangguan kardiovaskular.
Jenis Buah Naga
Buah naga, juga dikenali sebagai pitaya, mempunyai beberapa jenis yang berbeza berdasarkan warna kulit dan dagingnya. Berikut adalah jenis-jenis buah naga yang utama:
1. Buah Naga Merah (Hylocereus polyrhizus)
- Kulit: Merah terang
- Isi: Merah atau magenta
- Rasa: Manis dan sedikit masam
2. Buah Naga Putih (Hylocereus undatus)
- Kulit: Merah atau merah jambu
- Isi: Putih
- Rasa: Manis dan segar
3. Buah Naga Kuning (Selenicereus megalanthus)
- Kulit: Kuning
- Isi: Putih
- Rasa: Manis, lebih manis daripada jenis merah dan putih
4. Buah Naga Hijau
- Kulit: Hijau muda hingga hijau kekuningan
- Isi: Biasanya putih
- Rasa: Manis dengan sedikit rasa masam
Variasi Berdasarkan Jenis Penanaman
- Hylocereus costaricensis
- Kulit: Merah gelap
- Isi: Merah pekat
- Rasa: Manis dan kaya
- Hylocereus purpusii
- Kulit: Merah terang
- Isi: Merah terang
- Rasa: Manis
Setiap jenis buah naga mempunyai keunikan tersendiri dalam rasa dan kandungan nutrisi, menjadikannya pilihan yang menarik untuk pelbagai hidangan dan minuman. Sebab itulah terdapat pelbagai khasiat buah naga yang tiada di buah yang lain.
Kandungan Dalam Buah Naga
Buah naga mengandungi pelbagai nutrien yang bermanfaat untuk kesihatan. Berikut adalah beberapa kandungan utama dalam buah naga:
- Vitamin C: Meningkatkan sistem imun dan membantu pembentukan kolagen untuk kesihatan kulit.
- Vitamin B1 (Thiamin): Penting untuk metabolisme karbohidrat dan fungsi saraf.
- Vitamin B2 (Riboflavin): Membantu dalam pengeluaran tenaga dan menjaga kesihatan mata.
- Vitamin B3 (Niacin): Menyokong fungsi pencernaan dan sistem saraf.
- Zat Besi: Penting untuk pembentukan sel darah merah dan mencegah anemia.
- Kalsium: Diperlukan untuk kesihatan tulang dan gigi.
- Magnesium: Menyokong fungsi otot dan saraf serta mengawal tekanan darah.
- Serat: Meningkatkan pencernaan dan membantu mengawal paras gula darah.
- Antioksidan (Betalain dan Karotenoid): Melawan radikal bebas dan mengurangkan keradangan.
- Asid Lemak Omega-3 dan Omega-6: Menyokong kesihatan jantung dan fungsi otak.
- Protein: Menyokong pembaikan dan pertumbuhan tisu.
Kandungan nutrien yang pelbagai dalam buah naga menjadikannya pilihan yang sangat baik untuk meningkatkan kesihatan keseluruhan.
Kesihatan merupakan anugerah ALLAH SWT yang paling bernilai buat manusia. Jagalah kesihatan badan kita supaya kita sentiasa dapat melakukan sebarang perkerjaan termasuk amal ibadah kita kepadaNYA.
Antara khasiat buah naga antaranya ia boleh memperkuatkan tulang dan gigi. Manakala antara khasiat daun durian belanda pula dapat mengatasi buasir atau simbelit. Manakala khasiat madu kelulut ialah dapat mengendurkan urat-urat yang tegang.
Bagi yang menghidapi gout jangan lupa makan buah kulim kerana antara khasiat buah kulim ialah mengurangkan kadar asid urik dalam darah yang merupakan punca utama penyakit gout.
Kandungan antioksidan dan anti-radang merupakan antara khasiat bawang putih yang dapat membantu melindungi otak dari penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer dan Parkinson.
Kajian menunjukkan bahawa antara khasiat bunga telang dapat membantu meningkatkan fungsi kognitif, termasuk memori dan daya tumpuan.
Antioksidan merupakan antara khasiat zafron yang dapat membantu melindungi mata dari kerosakan yang disebabkan oleh penuaan. Ini dapat membantu dalam menjaga kesehatan mata jangka panjang.
Salah satu petua hilangkan batuk adalah dengan minum air asam jawa. Antara khasiat air kelapa ialah boleh mengurangkan penyakit demam campak. Berilah pada anak jika anak menghadapi demam campak.
Jom baca perkongsian oleh Pakar Pemakanan, Hospital Columbia Asia, Iskandar Puteri Johor, Yap Pau Li mengenai khasiat minyak zaitun.
Dalam sejarah, murungai dikenali sebagai ‘pokok ajaib’ kerana terdapat pelbagai khasiat murungai yang berkesan digunakan untuk tujuan perubatan