Khasiat bawang putih yang ramai tak sedar. Bawang putih bukan sahaja menambah rasa dalam masakan, tetapi juga mempunyai pelbagai khasiat yang menakjubkan.
Ia boleh menjadikan rambut dan kulit lebih sihat, meningkatkan imuniti badan, dan mempunyai sifat antioksida yang kuat. Selain itu, bawang putih mampu membunuh bakteria dalam makanan dan berfungsi sebagai agen anti-inflamasi. Jangan pandang remeh, bawang putih adalah tambahan yang sangat baik untuk diet harian anda.
Isi Kandungan
Di Korea orang-orang tua memakan bawang putih mentah di kebun dan kuil. Kajian saintis mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolesterol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia.
Ia juga dapat kurangkan kandungan gula dalam badan, serta tinggi antioksida dan untuk awet muda. Sebab tu korang tengok orang korea putih bersih je muka dia. Ini rupanya rahsia dia.
Artikel pada kali ini, blogr akan berkongsi kepada pembaca berkenaan dengan khasiat bawang putih pada kesihatan yang perlu anda tahu.
[iklanblogr1]
Apa Itu Bawang Putih
Bawang putih adalah sejenis tumbuhan dari genus Allium, sama seperti bawang besar, bawang merah, bawang perai, dan kucai. Tumbuhan ini telah ditanam dan digunakan oleh manusia dalam perubatan dan masakan sejak beribu tahun yang lalu.

Bawang putih memiliki daun panjang dengan bebawang yang terletak dalam tanah yang cetek. Berbeza dengan bawang besar yang hanya mempunyai satu bebawang, bawang putih terdiri daripada beberapa ulas yang membentuk satu bebawang lengkap.
Dipercayai bahawa bawang putih berasal dari kawasan pergunungan tengah Asia, termasuk Tajikistan, Turkmenistan, Uzbekistan, serta bahagian utara Iran, Afghanistan, dan Pakistan. Ia berasal daripada tumbuhan liar yang kemudian dibiakkan.
Antara khasiat bawang putih
- Mengurangkan Simptom Selsema
- Mengawal tekanan darah tinggi
- Mengawal paras kolesterol
- Mengandungi antioksida yang membantu mencegah penyakit Alzheimer dan demensia.
- Mencegah kanser
- Kesihatan rambut dan kulit kepala
- Merawat jerawat
- Mengurangkan Risiko Keradangan Sendi
- Mengawal paras gula
9 Khasiat Bawang Putih Dalam Kesihatan
Bawang Putih mempunyai beberapa khasiat yang baik untuk kesihatan manusia. Berikut adalah 9 khasiat Bawang Putih pada kesihatan:
[iklanblogr2]
1. Kaya Antioksidan
Bawang putih mengandungi lebih banyak antioksidan berbanding bawang putih biasa, membantu melindungi sel dari kerosakan akibat radikal bebas.
2. Menurunkan Kolesterol
Antara khasiat bawang putih untuk hati ialah bawang putih membantu mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
Ia juga memperlambatkan proses pembentukan lemak di dalam tubuh.
Khasiat bawang putih juga menambah kemampuan sel-sel untuk menghancurkan dan menguraikan lemak.
Mendorong lemak-lemak yang tertimbun di dalam jaringan-jaringan lemak dan hati ke aliran darah untuk dibakar dan dimusnahkan.
3. Anti-Kanser
Kandungan sulfur organik dalam bawang putih dapat membantu menghalang pertumbuhan sel-sel kanser dan menghalang aktiviti dan pertumbuhan sel-sel kanser.
4. Meningkatkan Imuniti
Meningkatkan sistem imun tubuh, menjadikannya lebih kuat dalam melawan jangkitan dan penyakit.
5. Detoksifikasi Logam Berat
Membantu dalam detoksifikasi tubuh dari logam berat seperti kadmium dan plumbum.
6. Kesihatan Otak
Kandungan antioksidan dan anti-radang dalam bawang putih dapat membantu melindungi otak dari penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer dan Parkinson.
7. Mengawal Gula Darah
Membantu menstabilkan kadar gula dalam darah, bermanfaat bagi penghidap diabetes.
8. Menggalakkan Kesihatan Kulit
Antioksidan dalam bawang putih membantu mengurangkan keradangan dan memperbaiki keadaan kulit.
9. Menurunkan Tekanan Darah
Sifat vasodilatornya membantu melonggarkan saluran darah dan menurunkan tekanan darah.
Bawang putih menawarkan pelbagai khasiat penting untuk wanita, seperti meningkatkan imuniti, menstabilkan hormon, menyokong kesihatan jantung dengan mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, serta memberi perlindungan terhadap kanser payudara dan rahim. Selain itu, bawang putih juga berfungsi sebagai anti-radang, membantu mengurangkan kesakitan sendi dan otot.
Khasiat Bawang Putih Bakar
Dah tak perlu bakar bawang putih untuk redakan batuk dan selsema anak.

Dalam balm lemon ni dah ada semua ‘ specialist’ semulajadi yang merawat batuk & selsema.
Khasiat Bawang Putih Goreng
Korang tau tak betapa seksanya bila perut ada angin, kaki rasa kebas dan kerap sakit kepala? Ha…tu tandanya banyak angin!
Sebab tu kena cuba bawang putih goreng ni Kalau korang rasa badan korang banyak angin, cuba makan tray makan Rasa sedap, rangup, nipis dan TAK PAHIT. Budak-budak pun suka tau.

11 Manfaat dan Kegunaan Bawang Putih
Bawang putih nie kan selain daripada sedap buat pelbagai masakan harian. Ianya boleh juga diamal untuk bantu masalah kesihatan. Bawang putih ada banyak khasiatnya.
Nie antara manfaat dan kegunaan yang boleh kita amalkan dengan bawang putih.
[iklanblogr3]
1. Bantu Redakan Cirit Birit
Kupas dua ulas bawang putih kemudian rebus bersama segelas air. Biarkan sejuk seketika dan minum air rebusan nya.
Lakukan 3 kali sehari atau hingga cirit birit sembuh.
2. Atasi batuk selsema anak anak
Bakar bawang putih tanpa buang kulit, kemudian kupas kulit nya dan masukkan dalam bekas.
Letak kan skit minyak masak dan tumbuk kasar. Sapu kan pada dada, kaki dan belakang anak. Sapu skit sahaja ye.
3. Pulihkan sakit tumit
Bakar tiga ulas bawang putih dengan kulit nya, tunggu sejuk dan boleh terus makan. Makan masa perut kosong setiap pagi.
4. Masalah pencernaan
Rebus dua ulas bawang putih dalam air yang panas dan biarkan selama 10 minit. Bila dah sejuk terus sahaja minum, amalkan 2 kali sehari. InsyaAllah akan rasa perubahan nya.
5. Telinga sakit atau bernanah
Tumbuk lumat bawang putih, perah air nya dan titiskan ke dalam telinga.
6. Banyak dapat ikan
Ikan sangat tertarik denga aroma bawang putih yang ditautkan pada umpan.
7. Menghalau nyamuk
Gosokkan ramuan bawang putih di lengan dan kaki sebagai penghalau nyamuk.
8. Melindungi tanaman
Hama tanaman tidak suka bawang putih. Gunakanlah pencegah hama yang diperbuat dari bawang putih, minyak mineral, air, dan sabun cair. Tuang ke dalam bekas pemyembur dan semburkan ke tanaman.
9. Menyuburkan rambut
Gosokkan hirisan bawang putih pada kulit kepala lalu picit-picit untuk
mendapatkan hasil yang maksima. Boleh juga ditambahkan minyak, lalu dipicitkan ke kepala.
10. Menyembuhkan luka serpihan
Letakkan sepotong bawang putih di atas luka serpihan kaca kemudian tutup dengan balutan kain kapas
Nie antara petua yang boleh kita amalkan dengan bawang putih nie. Semoga bermanfaat buat semua.
11. Membunuh cacing gelang di dalam usus anak-anak
Berikan anak secawan susu yang direbus bersama dengan 2-3 ulas bawang putih.
Kandungan Nutrisi dalam Bawang Putih
Bawang putih (Allium sativum) kaya dengan pelbagai sebatian bioaktif yang memberikan pelbagai khasiat dalam kesihatan. Berikut adalah beberapa kandungan utama dalam bawang putih:
- Allicin: Sebatian sulfur yang terbentuk apabila bawang putih dipotong atau dihancurkan. Allicin bertanggungjawab atas bau dan rasa kuat bawang putih serta mempunyai sifat antimikroba, antivirus, dan antifungal.
- S-allyl cysteine: Sebatian sulfur organik yang mempunyai kesan antioksidan dan dipercayai dapat membantu menurunkan kolesterol dan tekanan darah.
- Diallyl disulfide: Sebatian sulfur yang memberikan banyak manfaat kesihatan, termasuk sifat anti-radang dan antikanker.
- Vinyldithiins dan Ajoene: Sebatian yang terbentuk apabila bawang putih dihancurkan, yang memberikan manfaat antimikroba dan antikanker.
- Flavonoid: Antioksidan yang membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan radikal bebas dan mempunyai sifat anti-radang.
- Selenium: Mineral penting yang berfungsi sebagai antioksidan dan membantu dalam fungsi sistem imun.
- Arginine: Asid amino yang penting untuk kesihatan jantung dan pembuluh darah.
- Vitamin dan Mineral: Bawang putih mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti vitamin C, vitamin B6, mangan, kalsium, tembaga, kalium, fosforus, dan zat besi. Vitamin dan mineral ini membantu menyokong fungsi tubuh yang sihat.
- Polisakarida: Sebatian yang mempunyai sifat imunomodulator dan membantu meningkatkan fungsi sistem imun.
- Inulin: Serat prebiotik yang menyokong kesihatan pencernaan dengan merangsang pertumbuhan bakteria baik dalam usus.
3 Cara Mudah Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih
1. Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya dan makan mentah-mentah.
2. Ambil 5 ulas bawang putih dan bakar tetapi jangan sampai hangus. Kemudian, makanlah bawang tersebut.
Hasilnya, angin dalam badan akan keluar secara perlahan-lahan. Korang boleh juga hiris bawang putih dulu sebelum bakar. Mudah nak makan nanti.
3. Goreng bawang putih dengan sedikit minyak. Rase lebih sedap dan boleh makan banyak sikit.
Nak makan mentah tak boleh telan pulak tu yang bakar bawnag putih tu. Nak makan dengan nasi pun boleh.
Kandungan bahan dalam bawang putih ini mampu mengusir angin dalam badan dengan cepat. InsyaAllah.
Tips Masak Nasi Dengan Bawang Putih
Disebabkan banyak masa dirumah terajin pula kupas bawang putih hari-hari. Ada hikmahnya. Kalo tak, masak pun kadang-kadang tak letak bawang putih punyala nak cepat.

Bawang putih ni sedap tapi nak makan gitu saje tak lepas pulak tekak ni. Jadi kupas selalu bawang putih sumbat dalam nasi yang dah nak masak. Simple. Nak makan nasi nanti elok lembut je.
Penutup
Bawang putih, lebih daripada sekadar perisa dalam masakan, merupakan superfood yang kaya dengan khasiat kesihatan yang menakjubkan. Dengan sembilan manfaat utama yang digariskan, termasuk kandungan antioksidan yang tinggi, keupayaan menurunkan kolesterol, sifat anti-kanser, dan kemampuan meningkatkan sistem imun, bawang putih membuktikan dirinya sebagai bahan semulajadi yang luar biasa untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh.
Keistimewaan bawang putih terletak pada kepelbagaian penggunaannya, bukan sahaja dalam masakan tetapi juga sebagai ubat tradisional. Dari merawat masalah pencernaan hingga menyuburkan rambut, bawang putih menawarkan pelbagai solusi kesihatan yang mudah dan berkesan. Kandungan nutrisinya yang kaya, termasuk allicin, flavonoid, dan pelbagai vitamin serta mineral, menjadikan bawang putih sebagai pelengkap diet yang sempurna untuk menjaga kesihatan jantung, otak, dan sistem imun.
Kesimpulannya, bawang putih adalah anugerah alam yang patut dijadikan sebahagian daripada diet harian setiap individu. Sama ada dimakan mentah, dibakar, atau digoreng, bawang putih menawarkan pelbagai cara untuk menikmati khasiatnya. Dengan pelbagai petua penggunaan yang mudah, seperti memasaknya bersama nasi atau menggunakannya untuk merawat pelbagai masalah kesihatan, bawang putih membuktikan dirinya sebagai ramuan ajaib yang mampu meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan.
