14 Kelebihan Khasiat Air Kelapa untuk Kehidupan Seharian

Kalini blogr akan berkongsikan mengenai khasiat air kelapa pada kesihatan yang perlu anda tahu lagi-lagi musim panas ni. Khasiat air kelapa untuk tubuh badan ini dikongsi oleh Mohd Dziehan Mustapa.

Ini ialah kelapa gadong dimana ia

  • cepat berbuah
  • pokok rendah
  • sesuai untuk air
  • sesuai untuk santan

Air Kelapa

Air kelapa merupakan sejenis minuman yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Ianya digemari oleh setiap peringkat umur dan minuman ini sering dijadikan sebagai pembasah tekak dikala cuaca panas. Air kelapa terhasil dari tisu endosperm buah kelapa atau nama saintifiknya cocos nucifera L.

khasiat air kelapa muda

Air kelapa ialah air yang terkandung di dalam tempurung kelapa muda. Sedang elok jika diambil ketika buah kelapa berumur 5-7 bulan.

Secara semula jadi air kelapa berasa manis namun mempunyai nilai kalori yang rendah. Kandungan air kelapa adalah 94% air dan mengandungi karbohidrat ringkas yang mudah dicernakan dalam bentuk gula dan elektrolit.

Selain daripada itu ia juga mengandungi pelbagai jenis hormon tumbuh-tumbuhan, enzim, asid amino, vitamin c dan boleh menjadi sumber yang baik untuk garam potasium (K+).

14 Khasiat Air Kelapa Untuk Tubuh Badan

Antara Khasiat air kelapa ialah ianya selalu diambil sebagai minuman untuk melegakan kehausan atau kekurangan air dalam tubuh yang disebabkan oleh cirit birit atau selepas senaman.

khasiat air kelapa

Air kelapa juga juga pernah digunakan dalam situasi kecemasan sebagai pengganti kepada air yang digunakan untuk dehidrasi tubuh yang dimasukkan melalui suntikan Intravena (IV).

Terdapat juga beberapa kajian yang menunjukkan khasiat air kelapa boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dalam kalangan pesakit hipertensi (darah tinggi).

Menurut kajian untuk khasiat menurunan tekanan darah sistolik ini memerlukan dos 300ml 2 kali dalam sehari.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Biochemistry and Nutrition, asid refluk dan penyakit gastroesophageal reflux disease (GERD) mungkin disebabkan oleh keradangan pada sistem penghadaman.

Air kelapa TANPA GULA boleh menjadi satu pilihan yang baik untuk orang yang mempunyai asid refluk dan GERD.

Ini kerana antara khasiat air kelapa tanpa gula ini ialah ia kaya dengan potassium. Bahan ini menggalakkan keseimbangan pH dalam badan dan seterusnya mengawal asid refluks. Potasium juga tinggi dalam kelapa muda berbanding kelapa tua.

Antara khasiat air kelapa ialah:

1. Melembapkan Badan

  • Air kelapa adalah sumber hidrasi yang baik, membantu mengekalkan keseimbangan cecair dalam tubuh.

2. Menambah Tenaga

  • Mengandungi elektrolit seperti kalium, natrium, dan magnesium yang membantu meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan.

3. Meningkatkan Fungsi Pencernaan

  • Mengandungi serat yang membantu melancarkan pencernaan dan mencegah sembelit.

4. Menurunkan Tekanan Darah

khasiat air kelapa dalam menurunkan tekanan darah
  • Kalium yang tinggi membantu mengawal tekanan darah dengan mengimbangi kesan natrium dalam badan.

5. Menyokong Kesihatan Jantung

  • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dengan menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).

6. Membantu Menurunkan Berat Badan

  • Rendah kalori dan membantu meningkatkan metabolisme, yang boleh membantu dalam usaha penurunan berat badan.

7. Mengawal Gula Darah

  • Membantu dalam pengurusan gula darah dan baik untuk pesakit diabetes kerana indeks glisemiknya yang rendah.

8. Menyediakan Antioksidan

  • Mengandungi antioksidan yang melawan radikal bebas dan melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan.

9. Meningkatkan Kesihatan Kulit

  • Membantu mengekalkan kelembapan kulit, mengurangkan jerawat, dan memberikan kulit yang lebih bersinar.

10. Menyokong Kesihatan Ginjal

  • Membantu mencegah batu karang dengan melarutkan garam kalsium dan asid urik dalam air kencing.

11. Meningkatkan Sistem Imun Tubuh

  • Mengandungi vitamin dan mineral penting yang membantu memperkuatkan sistem imun tubuh.

12. Mengurangkan Keradangan

  • Sifat anti-inflamasi dalam air kelapa membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh.

13. Meningkatkan Fungsi Otak

  • Elektrolit yang terkandung dalam air kelapa membantu dalam fungsi saraf dan otak yang optimal.

14. Mengatasi Kesan Mabuk

  • Membantu menggantikan elektrolit yang hilang dan menghidrasi tubuh selepas pengambilan alkohol yang berlebihan.

Minum Air Kelapa Dengan Ubat, Herba dan Suplemen.

Kajian klinikal peringkat awal menunjukkan minum air kelapa mungkin boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dalam kalangan pesakit hipertensi (darah tinggi).

Secara teorinya penggunaan bersama-sama air kelapa dengan ubat anti-herpentensi (Ubat mengurangkan tekanan darah) mungkin boleh menyebabkan kesan tambahan terhadap pengurangan tekanan darah seterusnya boleh memberi risiko tekanan darah menjadi rendah.

Begitu juga sekiranya air kelapa diambil dengan herba dan suplemen yang dipercayai mempunyai kesan mengurangkan tekanan darah. Sebagai contoh peptida kasein, cat’s claw, koenzim Q-10, minyak ikan, L-arginine, lycium, stinging nettle, theanine, mengkudu, belimbing buluh dan lain-lain.

Interaksi Air Kelapa Dengan Penyakit

Oleh kerana air kelapa mempunyai kandungan garam potasium (k+) yang agak ketara maka ia boleh menerukkan lagi keadaan hiperkalemia seseorang individu.

Jika diminum dalam satu jumlah yang banyak mungkin boleh meningkatkan risiko hyperkalemia bagi pesakit yang mempunyai kekurangan fungsi buah pinggang.

Kesimpulan

Air kelapa adalah selamat untuk diminum. Walau bagaimanapun bagi pesakit hipertensi yang sedang menerima ubat-ubatan perlu berhati-hati dalam pengambilan minuman air kelapa ini.

Jika diambil berlebihan air kelapa ini ia berpotensi mempunyai kesan tambahan dalam pengurangan tekanan darah. Begitu juga bagi pesakit yang mempunyai masalah kekurangan fungsi buah pingang.

Perlu sedikit pemantauan jika tekanan darah menjadi rendah (hipotensi).

Antara tanda dan gejala tekanan darah rendah adalah pening atau merasa pusing, penglihatan kabur, kekeliruan, kelemahan dan loya (perasaan sakit perut).

Jika alami situasi di atas, sahkan dengan mengambil ukuran tekanan darah menggunakan alat pemantauan tekanan darah sendiri di rumah.

Tekanan darah dikatakan rendah bila bacaan berada di paras lebih rendah dari 90/60 mmHg.

Rawatan tidak diperlukan sekiranya tidak mempunyai apa-apa tanda dan gejala walaupun tekanan darah adalah rendah.

Sekiranya merasa pening atau hampir pitam, ambil tindakan untuk duduk atau baring. Letakkan kaki separas dengan jantung ketika berbaring atau duduk sambil meletak kepala di antara lutut.

Jika tanda atau gejala tekanan darah rendah masih berkekalan, segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.

Kesihatan merupakan anugerah ALLAH SWT yang paling bernilai buat manusia. Jagalah kesihatan badan kita supaya kita sentiasa dapat melakukan sebarang perkerjaan termasuk amal ibadah kita kepadaNYA.

Antara khasiat air kelapa ialah boleh mengurangkan penyakit demam campak. Berilah pada anak jika anak menghadapi demam campak.

Leave a Comment

error: Content is protected !!