Sebenarnya ada perbezaan antara invois jualan, resit dan quotation. Invoice, resit dan quotation mempunyai tujuan yang berbeza kerana ia dikeluarkan kepada pembeli pada peringkat jualan yang berbeza. Blogr akan cuba terangkan beberapa perkara mengenai perbezaan antara ketiga-tiga jenis ini.
Kandungan Artikel
Quotation bukanlah invois malah ia berbeza dengan invoice. Resit pun bukanlah quotation malah bukan juga invoice. Dari nama pun dah berbeza maka tujuan dikeluarkan juga berbeza satu sama lain.
Kami akan kupaskan perbezaan antara invois, resit dan juga quotation dalam artikel kali ini.
Apa Itu Invois Jualan

Invoice akan diberi kepada bakal pembeli apabila dia bersetuju dengan barang yang hendak dibeli. Tidak kira samada barang atau servis. Maka penjual akan mengeluarkan sebut harga dan syarat yang termaktub dipersetujui antara penjual dan pembeli. Senang cerita invois akan dikeluarkan apabila pembeli bersetuju untuk melakukan aktiviti jual beli dengan penjual.
Invois akan dikeluarkan oleh penjual sebelum atau selepas kerja dilaksanakan bergantung kepada perjanjian yang telah ditetapkan. Selalunya penjual akan menetapkan pembayaran deposit 50% sebelum kerja dilaksanakan dan 50% selepas kerja dilaksanakan.
Invois jualan tidak boleh dijadikan sebagai bukti bayaran atas barang yang akan dibeli kerana tiada bukti penerimaan wang kepada penjual. Sebab itu jika kita tengok ada di antara invois syarikat yang tertulis ” invois ini tidak boleh dianggap sebagai bukti pembayaran, hanya resit rasmi sahaja yang diterima”.
Jika korang ingin mengetahu lebih detail mengenai invois, contoh invoice, apa itu invois, proses buat invois dan sebagainya boleh terus ke artikel kami di Contoh Invois
Apa Itu Resit

Resit bayaran akan dikeluarkan kepada pembeli apabila pihak pembeli membuat bayaran pada invois yang telah dikeluarkan oleh penjual sama ada secara deposit atau pun pembayaran penuh. Resit merupakan bukti bahawa pembayaran telah dibuat oleh pembeli. Kebiasaannya, salinan slip deposit tunai ataupun cek akan dikepilkan di belakang resit sebagai rujukan antara pembeli dan penjual.
Apa Itu Quotation

Quotation merupakan sebut harga yang akan dikeluarkan apabila pihak pembeli ingin melihat maklumat berkaitan barang yang akan dibeli atau spesifikasi produk atau servis yang pihak penjual tawarkan. Dalam proses ini, tiada transaksi jual beli yang berlaku mahupun penerimaan wang terjadi.
Ini kerana quotation hanyalah permulaan kepada proses jual beli dimana apabila pelanggan bersetuju akan sebut harga di quotaion maka akan membawa kepada invois dan apabila pembayaran dibuat, resit bayaran akan diberikan.
Tujuan Invois dan Resit
Invois dan resit adalah bertujuan sebagai simpan rekod sesebuah syarikat mahupun perseorangan untuk proses cukai atau proses claim.
Tujuan Invois
Apabila penjual perlu membuat permintaan untuk pembayaran dari pembeli, dia membuat invois jualan. Tujuan invois jualan adalah untuk merekod jualan yang terjadi, membolehkan penghantaran barangan dan perkhidmatan yang lancar, dan juga membantu pengurusan syarikat untuk memastikan kawalan yang lebih baik terhadap inventori.
Ia merupakan dokumen yang sangat berguna dalam sistem pengurusan syarikat kerana ia juga merekodkan pendapatan masa depan yang akan didapati. Selain itu, invois juga membantu dalam mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan dengan menawarkan mereka pelbagai manfaat seperti diskaun awal pembayaran, atau tempoh lanjutan untuk membayar.
Tujuan Resit
Resit pula digunakan oleh pelanggan sebagai dokumen yang menunjukkan bahawa mereka telah membuat bayaran untuk barangan dan perkhidmatan tertentu yang telah dipersetujui antara pembeli dan penjual. Resit juga penting sekiranya terdapat barangan yang rosak untuk memudahkan urusan pemulangan atau di mana perkhidmatan tidak disediakan secara habis.
Perbezaan Antara Invois dan Resit
Invois dan resit dikeluarkan atas tujuan jualan yang berbeza serta pada masa jualan yang berbeza. Antara perbezaan antara invois dan resit ialah
- Invois adalah dokumen yang menunjukkan permintaan pembayaran pada pembeli.
- Perbezaan yang ketara antara invoice dan resit adalah bahawa invois dikeluarkan sebelum pembayaran sementara resit dikeluarkan setelah pembayaran dibuat.
- Invois jualan digunakan untuk mengesan perjalanan penjualan barang atau perkhidmatan. Sebaliknya, resit bertindak sebagai dokumen untuk pembeli dan penjual bahawa jumlah barang telah dibayar ataupun telah dihantar.
- Invois menunjukkan jumlah amaun yang perlu dibayar oleh pembeli sedangkan resit menunjukkan jumlah pembayaran yang dibayar bersama dengan kaedah pembayaran.
- Apabila anda membeli barang atau perkhidmatan dari penjual, dia akan memberikan anda resit yang menjelaskan semua barang, harga dan bukti (dibayar) pembayaran pada akhir resit tersebut.
- Apabila anda membekalkan barang atau perkhidamatan kepada bakal pembeli, anda akan memberinya invois jualan yang menunjukkan pembayaran perlu dilakukan mengikut tarikh yang disebutkan pada invois.