Kalini kami kami tuliskan mengenai harga kereta Xpander 2024 iaitu salah satu dari keluaran Mitsubishi Motors beserta spesifikasi kereta ini. Yang mencari-cari harga kereta seperti Alza, Bezza dan Axia tu boleh baca dari artiikel yang kami tulis sebelum ini.
Isi Kandungan Harga Kereta Xpander
Mitsubishi Motors Kereta Xpander 2024
Mitsubishi XPander merupakan sebuah jenis kereta SUV yang telah popular di kalangan pengguna di Malaysia. Dengan kapasiti yang boleh muat iaitu sebanyak 7 orang menjadikan Xpander sebagai sebuah pilihan keluarga di Malaysia untuk dimiliki.
Kereta Xpander ini mempunyai reka bentuk yang menarik serta pelbagai ciri-ciri yang menjadikannya sebuah pilihan yang popular untuk kegunaan harian atau keluarga.
Mitsubishi Xpander 2024 juga didatangkan dengan 4 pilihan warna iaitu
- Red Metallic
- Quarts White Pearl
- Diamond Black Mica
- Titanium Gray Metallic
serta Mitsubishi Xpander 2024 mempunyai kapasiti bagasi sebanyak 240-260 liter, dan 498 liter jika tempat duduk barisan ketiga dilipatkan.




Harga Kereta Xpander 2024
Berikut harga kereta Xpander 2024 mengikut laman web rasmi Mitsubishi. Harga kereta adalah berbeza mengikut tempat.
Harga Kereta Xpander Baru di Semenanjung
- Xpander 1.5L (pilihan warna Red Metallic, Diamond Black Mica, Quartz White Pearl dan Titanium Gray Metallic) – RM100,980
Harga Kereta Xpander Baru di Sabah Sarawak
- Xpander 1.5L (pilihan warna Red Metallic, Diamond Black Mica, Quartz White Pearl dan Titanium Gray Metallic) – RM102,496
Harga Kereta Mitsubishi Xpander di Labuan
- Xpander 1.5L (pilihan warna Red Metallic, Diamond Black Mica, Quartz White Pearl dan Titanium Gray Metallic) – RM93,418
Harga Kereta Mitsubishi Xpander di Langkawi
- Xpander 1.5L (pilihan warna Red Metallic, Diamond Black Mica, Quartz White Pearl dan Titanium Gray Metallic) – RM92,317
*NOTA PENTING : Harga mungkin berbeza sedikit mengikut lokasi dan servis caj yang dikenakan oleh setiap ejen jualan / pengedar.
Jadi anda dah tahu harga kereta Xpander ni kan maka jangan lupa kira berapa kena bayar tiap-tiap bulan guna cara kira loan kereta ansurans bulanan.
Kelengkapan Kereta Xpander 2024
Mitsubishi Xpander mampu memuatkan sehingga tujuh penumpang, dengan tempat duduknya ditutup dengan fabrik berkualiti tinggi yang memberikan perjalanan yang selesa.
Xpander tersedia dengan transmisi Automatic dan hanya mempunyai hanya satu specs sahaja. Model ini sesuai untuk mereka yang mencari-cari kenderaan untuk keluarga.
Ia juga mempunyai kamera yang membolehkan anda melihat pandangan 360 darjah dari setiap sudut bagi meningkatkan jarak pandangan pemandu dan mengurangkan titik buta terutamanya semasa meletak kereta di kawasan letak kereta.
Gambar Rekaan Luaran dan Dalaman
Berikut merupakan gambar dalaman luaran dan dalaman bagi kerete Xpander untuk tahun 2024.
Gambar Dalaman Kereta Xpander 2024

Gambar Luaran Kereta Xpander 2024

Pengiraan Bayaran Bulanan Mitsubishi Xpander
Untuk bayaran bulanan bergantung pada berapa bayaran muka yang anda keluarkan, kadar faedah yang pihak bank kenakan pada anda dan tempoh bayaran selesai antara 5 tahun hingga 9 tahun.
Anda boleh semak berapa bayaran bulanan yang anda kena bayar di kalkulator loan di sini.
Untuk info lanjut atau tempahan, anda boleh ke Mitsubishi service centre yang terdekat dengan anda di sini.
Bagi yang mencari MPV dan dah berkeluarga tu, blogr suggest korang pakai alza atau xpander. Boleh cek harga kereta Xpander dan harga kereta Alza dan buat perbandingan.
Bagi yang nak membeli kereta pertama tu lagi-lagi untuk yang bujang apakata ambil Saga, Axia atau Bezza. Boleh tengok harga kereta Axia, harga kereta Proton Saga dan harga kereta Bezza dan bandingkan mana yang sesuai.
Bagi yang berduit dan inginkan kereta berjiwa muda cubalah Honda Civic. Semak harga kereta Honda Civic dan cek samada kewangan boleh tanggung atau tak. Kalau boleh. Terus aje ke ke Honda centre yang berdekatan.
Baca lebih lanjut tentang minyak hitam kereta terbaik yang mampu memberikan prestasi unggul kepada enjin anda.