Harga Kereta Alza 2024 Promosi Terkini

Sebelum ini kami dah buat artikel mengenai harga kereta bezza 2024. Kalini kami senaraikan harga kereta Alza 2024 beserta spesifikasi kereta ini. Atau anda boleh terus hubungi customer service Perodua untuk sebarang pertanyaan.

Perodua Kereta Alza 2024

Kereta Perodua Alza 2024 merupakan kereta MPV (Multi-Purpose Vehicle) yang boleh memuatkan sehingga 7 penumpang keluaran Perodua. Dengan bonet belakang yang compact dan yang penting kereta Alza jimat minyak. Harga kereta Alza amat kompetatif dan boleh dikatakan murah untuk kenderaan jenis MPV.

Perodua Alza 2024 juga didatangkan dengan 5 pilihan warna iaitu

  • Ivory White
  • Garnet Red
  • Glittering Silver
  • Elegant Black
  • Vintage Brown

serta Perodua Kereta Alza 2024 mempunyai kapasiti bagasi sebanyak 137 liter, dan 498 liter jika tempat duduk barisan ketiga dilipatkan. Bagi warna Garnet Red dan Vintage Brown hanya ada untuk AV dan H Variant sahaja.

Harga Kereta Alza 2024

Berikut harga kereta Alza 2024 mengikut laman web rasmi Perodua. Harga kereta adalah berbeza mengikut tempat.

Harga Kereta Alza Baru di Semenanjung

  • Alza 1.5L X D-CVT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Elegant Black) – RM62,500
  • Alza 1.5L H D-CVT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Coral Blue & Granite Grey) – RM68,000
  • Alza 1.5L AV D-CVT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Coral Blue & Granite Grey) – RM75,500

Harga Kereta Alza di Sabah Sarawak

  • Alza 1.5L X D-CVT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Elegant Black) – RM65,000
  • Alza 1.5L H D-CVT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Coral Blue & Granite Grey) – RM70,500
  • Alza 1.5L AV D-CVT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Coral Blue & Granite Grey) – RM78,000

Harga Kereta Perodua Alza Baru di Labuan

  • Alza 1.5L X D-CVT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Elegant Black) – RM61,610
  • Alza 1.5L H D-CVT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Coral Blue & Granite Grey) – RM66,980
  • Alza 1.5L AV D-CVT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Coral Blue & Granite Grey) – RM73,930

Harga Kereta Perodua Alza di Langkawi

  • Alza 1.5L X D-CVT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Elegant Black) – RM60,280
  • Alza 1.5L H D-CVT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Coral Blue & Granite Grey) – RM65,650
  • Alza 1.5L AV D-CVT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Coral Blue & Granite Grey) – RM72,600

*NOTA PENTING : Harga mungkin berbeza sedikit mengikut lokasi dan servis caj yang dikenakan oleh setiap ejen jualan / pengedar.

Jadi anda dah tahu harga kereta Alza ni kan maka jangan lupa kira berapa kena bayar tiap-tiap bulan guna cara kira loan kereta ansurans bulanan.

Kelengkapan Kereta Alza 2024

Perodua Alza mampu memuatkan sehingga tujuh penumpang, dengan tempat duduknya ditutup dengan fabrik berkualiti tinggi yang memberikan perjalanan yang selesa.

Alza tersedia dengan transmisi Manual dan Automatic bergantung pada specs. Kereta Alza sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet yang ketat tetapi masih mahukan kereta yang menawarkan ciri-ciri yang baik serta untuk keluarga bawah 7 orang.

Ia juga mempunyai tiga mod pemanduan iaitu Normal, Power dan Eco yang mana ia boleh ditukar melalui butang yang terletak pada stereng kereta.

Gambar Rekaan Luaran dan Dalaman

Berikut merupakan gambar dalaman luaran dan dalaman bagi kerete Alza untuk tahun 2024.

Gambar Dalaman Kereta Alza 2024

Gambar bahagian dalaman Harga Kereta Alza 2024

Gambar Luaran Kereta Alza 2024

Gambar bahagian luaran Harga Kereta Alza 2024

Pengiraan Bayaran Bulanan Perodua Alza

Untuk bayaran bulanan kereta perodua Alza baru, bergantung pada berapa bayaran muka yang anda keluarkan, kadar faedah yang pihak bank kenakan pada anda dan tempoh bayaran selesai antara 5 tahun hingga 9 tahun.

Anda boleh semak berapa bayaran bulanan yang anda kena bayar di kalkulator loan di sini.

Jika bajet anda mencukupi serta mencari-cari kereta untuk kegunaan keluarga, maka dengan harga Alza yang masih murah dalam kenderaan jenis MPV maka sudah tentulah Alza menjadi pilihan anda.

Untuk info lanjut atau tempahan, anda boleh ke perodua service centre yang terdekat dengan anda di sini.

Bagi yang mencari MPV dan dah berkeluarga tu, blogr suggest korang pakai alza atau xpander. Boleh cek harga kereta Xpander dan harga kereta Alza dan buat perbandingan.

Bagi yang nak membeli kereta pertama tu lagi-lagi untuk yang bujang apakata ambil Saga, Axia atau Bezza. Boleh tengok harga kereta Axia, harga kereta Proton Saga dan harga kereta Bezza dan bandingkan mana yang sesuai.

Bagi yang berduit dan inginkan kereta berjiwa muda cubalah Honda Civic. Semak harga kereta Honda Civic dan cek samada kewangan boleh tanggung atau tak. Kalau boleh. Terus aje ke ke Honda centre yang berdekatan.

Baca lebih lanjut tentang minyak hitam kereta terbaik yang mampu memberikan prestasi unggul kepada enjin anda.

Leave a Comment

error: Content is protected !!