Fazura, Fattah Amin sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari 9.45 pagi tadi.
Pelakon terkenal, Nur Fazura Shariffuddin, telah membuka mulut tentang punca perpisahan antara dirinya dan bekas suami, Fattah Amin. Fazura mendakwa bahawa Fattah telah mengkhianati kepercayaannya dengan berlaku curang, serta mengabaikan tanggungjawab nafkah terhadapnya dan anak mereka, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Menurut Fazura, salah satu sebab utama dia memutuskan untuk mengakhiri perkahwinan tersebut adalah kerana Fattah tidak lagi memberikan nafkah yang sewajarnya kepada dia dan anak mereka. Situasi ini berlarutan untuk tempoh yang lama, menyebabkan Fazura merasa terabai.
Selain itu, Fazura yang kini berusia 41 tahun, turut mendedahkan bahawa perkahwinan mereka telah lama tidak harmoni, dengan tiada lagi persefahaman di antara mereka. “Saya sudah lama tidak bahagia, emosi saya terganggu, dan mental saya tertekan. Namun begitu, saya tetap bertahan walaupun menghadapi pelbagai fitnah dan tohmahan,” katanya.
Fazura juga menegaskan bahawa ketiadaan sokongan daripada Fattah dalam mempertahankan dirinya di hadapan umum menambah bebanan perasaannya. Keadaan bertambah buruk apabila dia mendapati Fattah berlaku curang. “Saya ada bukti. Selama dua tahun saya tidak bahagia, tetapi saya cuba bertahan kerana saya tidak mahu perceraian. Namun, akhirnya saya sedar ini adalah jalan terbaik,” jelas Fazura dalam satu sidang media selepas penceraian mereka disahkan di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari hari ini.
Untuk info kami ada menulis tentang biodata Fazura dan biodata Fattah Amin. Sekiranya pembaca ingin mengikuti dan mengetahui serba sedikit berkenaan mereka bolehla teruskan membaca.