Cara Betul Hantar Resume dan Mohon Kerja Melalui Email BM BI

Dengan kepesatan teknologi, zaman sekarang kebanyakkan majikan hanya menerima contoh resume berserta cover letter melalui email. Adalah penting untuk korang mengetahui cara yang betul bagaimana untuk menghantar dan mohon kerja secara profesional melalui email.

Join Channel WhatsApp Kami Untuk Bantuan Kerajaan Terkini dan Info Semasa 2023

Bukan mudah memohon kerja dengan hanya berbekalkan alamat email. Sebagai pemohon kerja, anda perlu tahu apakah isi penting yang sepatutnya anda tulis dalam email anda sebelum menghantar permohonan. Berikut merupakan perkara yang anda kena tahu berkenaan mohon kerja melalui email.

Pantang Larang dan Kesalahan Permohonan Melalui Email

  1. Jangan hantar email tanpa format dan perenggan yang kemas – kandungan email perlulah mengandungi perenggan dan susunan yang jelas .
  2. Jangan hantar sesuka hati tanpa mengikut format yang diberi. ( jika ada )
  3. Jangan terus attach resume atau file ke alamat email yang diberi. Kadangkala ada pemohon yang tidak menulis apapun kandungan attach. Kadangkala majikan tidak membuka file yang diattach.
  4. Jika diarahkan menghatar resume online, anda boleh attach tetapi email tersebut perlu juga mengandungi ayat berbentuk surat menyatakan hasrat anda memohon pekerjaan.
  5. Ayat menyatakan sebab dalam email telah dinyatakan tetapi lupa memaklumkan resume yang di attach.
  6. Jangan merayu dalam email, tunjukkan kematangan anda terutama jika ia pertama kali anda menghantar email kepada pencari kerja.
  7. Jangan hantar file atau gambar-gambar yang bersaiz terlalu besar dalam email.

Tips Mohon Kerja Melalui Email

Ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan untuk memungkinkan anda mendapat pekerjaan jika memohon menggunakan email :

  1. Guna alamat email profesional
  2. Menghantar email berformat surat memohon
  3. Menyatakan dengan jelas nama anda, tujuan anda dan maklumat penting lain yang diminta
  4. Maklumat disertakan dengan jelas secara perenggan
  5. Dimulakan dan diakhiri dengan ucapan yang profesional dan matang
  6. Periksa ejaan dan tatabahasa sebelum menghantar email pastikan anda sudah mengecek ejaan dan tatabahasa, ini akan menunjukkan kepada pihak syarikat bahawa anda serius dan berminat dalam jawatan tersebut.

Kesalahan Permohonan Kerja Melalui Email

Terdapat beberapa perkara yang anda kena elakkan apabila nak mohon kerja melalui email. Antaranya

  • Pemohon merayu berlebihan. Nampak sangat terdesak nak kerja. Ini boleh menjejaskan profeisional dan memberikan gambaran negatif kepada syarikat
  • Lampirkan dokumen tapi tak bagitahu tuan punya email tentang apa dia lampiran tersebut. Pastikan bagitau detail maklumat lampiran korang supaya syarikat tidak berteka-teki
  • Saiz dokumen tu pastikan tidak terlalu besar. Menyusahkan syarikat untuk muat turun dan membukanya.

Contoh Email Mohon Kerja

Terdapat beberapa contoh permohonan kerja melalui email yang mungkin boleh anda perhatikan. Cara olahan dan susunan maklumat adalah tersusun dan nampak lebih profesional.

Contoh Email Permohonan Kerja 1

Selamat sejahtera,

Tuan/Puan,

Perkara: Permohonan Jawatan Kerani Pentadbiran

Saya [NAMA] dan kini merupakan seorang [PEKERJAAN SEKARANG] di [NAMA SYARIKAT] sangat berminat untuk memohon jawatan [JAWATAN YANG DI IKLANKAN] yang diiklankan oleh syarikat tuan/puan.

Saya berpengalaman selama [NYATAKAN PENGALAMAN] dalam bidang [NYATAKAN KERJA DAN SKILL ANDA]. Saya berharap dapat menyumbangkan kepakaran saya kepada syarikat tuan/puan dan pada masa mengembangkan lagi pengalaman saya dalam jawatan yang dipohon.

Dilampirkan adalah resume dan cover letter untuk pemerhatian dan penilaian Tuan/Puan. Saya harap untuk mendapat maklum balas dan dicalonkan untuk bertemuduga.

Sekian, terima kasih.

[NAMA]
[NO TELEFON]

Contoh Email Permohonan Kerja 2

Permohonan Melalui Email

Contoh Email Permohonan Kerja 3

Mohon Kerja Melalui Email

Contoh Email Permohonan Kerja 4

Email Permohonan Kerja

Contoh Email Permohonan Kerja 5

email mohon kerja

Leave a Comment