Drama dari Korea tidak dapat diperkatakan lagi dia punya storytelling, klimaks serta dia punya plot twist. Kalau tak tengok sampai habis kompem korang akan salah teka siapa yang jahat, siapa yang baik.
Saya sebagai seorang peminat drama korea memang tidak ketinggalan kalau ada drama best-best. Yang biasa menjadi pilihan kebanyakannya cerita bercorak aksi, perubatan, kepolisan dan paling penting asal bukan cintan cintun. Bab cintan cintun Korea ni cukup-cukupla. Tak larat nak layan. Kompleks sangat macam kisah percintaan dalam hidup kita. Ehhh.
Join Channel WhatsApp Kami Untuk Bantuan Kerajaan Terkini dan Info Semasa 2023
6 Drama Korea Kisah Doktor Mesti DiTonton
Artikel kalini saya nak berkongsi mengenai beberapa drama dari korea jenis kedoktoran yang sedap untung di tonton. Drama korea ni kalau bab doktor-doktor dia punya sakit time pembedahan tu, macam kita sendiri kena bedah tau.
- Doctor Stranger
Doctor stranger ni merupakan drama bersifat perubatan, thriller, politik serta ada sedikit percintaan. Tapi masih boleh ditonton kerana tak kacau pun dia punya cintan cintun tu. Jangan bimbang.
Kisah dia bagaimana watak utama cerita ini yang terpaksa kpergi ke Korea Utara mengikut ayahnya yang terpaksa merawat presiden negara itu. Tapi akhirnya mereka kena tipu oleh ahli politik dari negara sendiri dan terpaksa menetap dekat Korea Utara.
Dah besar baru dapat pulang balik ke Korea Selatan namun ada kes sehingga musuhnya di Korea Utara tidak puas hati dekat dia dan follow dia.
- Doctor John
Ni pun sedap jugak. Konfliknya pun berkisar dalam hospital je. Bagaimana seorang doktor yang tak tahu samada dia sedang sakit atau tidak. Lawan-lawan tak sakit. Kena cucuk tak sakit dan sebagainya.
Rakan sekerja pun tak tahu yang dia ada penyakit tu. Memang salah satu penyakit rare dalam dunia. Tetapi oleh sebab bakatnya dalam pembedahan tiada sesiapapun cuba mengetahui rahsia dia.
Namun akhirnya terbongkar jugak.
- Doctor Prisoner
Drama penuh aksi. Tiada sangat bab-bab bedah pesakit. Ada sikit je. Tapi best jugak untuk dilayan dimana doktor ni merawat banduan dan memberikan banduan tersebut peluang untuk elak dipenjarakan dengan memberitahu pihak berwajib tentang keadaan banduan tersebut.
So pihak berwajib terpaksa melepaskan banduan tu dan ditempatkan di luar penjara tapi dalam keadaan terkawal. Rupa-rupanya ada sebab kenapa banduan yang dirawat oleh doktor ni. Ingatkan saja-saja nak lepas. Korang tengok lah. Cerita lebih-lebih kang spoiler pulak. kan kan.
- Partners for Justice
Ni pun best. Tapi doktor dalam ni bukan merawat orang hidup la. Cuma dia seorang doktor di tempat kejadian. Kira macam dia mencari bukti samada mayat tu mati sebab apa la. Samada betul ke mati sebab kena disebabkan orang lain atau diri sendiri. Macam tu la. Sedap ni. Boleh layan tau.
Asik-asik tengok doktor rawat orang hidup je kan. Ni doktor rawat mayat. Bukan rawatla cuma nak tahu sebab kematian mayat tu je.
- The Good Doctor
Ni pun sedap. Adaptasi dari kisah doktor negara barat. Mengisahkan bagaimana seorang doktor yang mempunyai sifat kebudakan tapi mempunyai memori yang cukup kuat. Macam teknik hafalan la.
Penyakit pesakit apa semua dia boleh tau. Semua dalam kepala senang cerita. Tapi bila disuruh buat pembedahan ada rasa gugup lagi. Nak tahu apa terjadi samada dia berjaya atau tak buat pembedahan? Tengok la ye. Heheheheh
- Ghost Doctor
Ni pun layannn. Plot twist dan twist. Memang tak dijangka. Kisah berkenaan seorang doktor yang berlagak tapi akibat satu kes yang tak disangka terpaksa jadi hantu dan masuk ke badan seorang doktor baru.
Semasa dalam badan doktor baru tu dia cuba solve kes yang terjadi dan kenapa dia boleh jadi hantu. Korang tengoklah. Dia punya bedah-bedah tu kekadang sampai tutup mata taknak tengok.
Kesimpulan
Ni adalah antara drama doktor dari Korea yang saya dah tonton. Semua pilihan saya ni semua ada aksi dan bukan berkisar dalam hospital semasa-mata. Yang penting semua ada plot twist buatkan memang kena tengok sampai habis. Nak berhenti tengok pun rasa rugi sebab nak tahu apa jadi lepasni. Ahahhahahhaha
Haa banyakkan list drama korea berkonsepkan doktor dari saya ni. Tengok-tengok jugak tau. Kerja hakiki jangan tinggal pulak. Selamat menonton.