Setiap kali kita mengambil wuduk, kita bukan sahaja membersihkan diri secara fizikal tetapi juga menyucikan jiwa. Untuk melengkapkan ibadah ini, doa selepas wuduk adalah amalan sunnah yang dianjurkan. Doa ini bukan sahaja membawa pahala, tetapi juga memperkuat hubungan kita dengan Allah SWT, memohon pengampunan dan kemuliaan di akhirat.
Isi Kandungan
Teruskan membaca untuk memahami kepentingan doa selepas wuduk dan bagaimana ia menyempurnakan ibadah anda.
Doa Selepas Wuduk
Umar bin al-Khattab RA meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ثُمَّ قَالَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ التَّوَّابِينَ وَاجْعَلْنِي مِنْ الْمُتَطَهِّرِينَ فُتِحَتْ لَهُ ثَمَانِيَةُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan pesuruh-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku sebahagian daripada orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku sebahagian daripada orang yang bersuci.
Maka akan dibuka untuknya 8 pintu syurga yang dia boleh masuk mana-mana pintu yang dia inginkan.”
(Hadis Riwayat al-Tirmizi, no. 55, Sahih)
Maksudnya: “Sesiapa yang berwuduk dan memperelokkan wuduknya. Kemudian, dia membaca:
Doa Selepas Wuduk dalam Arab
اَشْهَدُاَنْ لَااِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ لَاشَرِيْكَ لَهُ
وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًاعَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اَللّٰهُمَّ اجْعَلْنِىْ مِنَاالتَّوَّابِيْنَ
وَجْعَلْنِيْ مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ
وَجْعَلْنِىْ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ
Doa Selepas Wuduk dalam Rumi
Asy-hadu An Laa Ilaha illallahu Wahdahu Laa Syarikalah. Wa-asy-hadu Anna Muhammadan ‘Abduhu Warasuluh. Allahummaj-’alni Minat Tauwabin, Waj-’alni Minal Mutatahhirin, Waj-’alni Min ‘ibadikas-solihin.
Makna Doa Lepas Wuduk
Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah yang esa, tiada sekutu bagi-Nya, dan saya bersaksi bahwa nabi Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya. Ya Allah jadikanlah aku orang yang ahli taubat, dan jadikanlah aku orang yang suci, dan jadikanlah aku dari golongan hamba-hamba Mu yang shaleh.”
Kelebihan Doa Selepas Wuduk
Mengikut soalan kepada mufti wilayah persekutuan iaitu
Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Saya dengar ada hadis menyebut, kalau ada orang berdoa selepas daripada wudhuk, maka pintu syurga terbuka. Adakah benar?
Maka dijawab oleh Mufti Wp dengan jawapan
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Benar sekali. Ini berdasarkan hadis daripada Umar R.A, Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُبْلِغُ أَوْ فَيُسْبِغُ الْوَضُوءَ ثُمَّ يَقُولُ : أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ إِلَّا فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةُ يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ .
Maksudnya: Tiadalah seorang kamu berwuduk dan memenuhi kesempurnaan wuduk, kemudian berdoa: “: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ” kecuali akan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang lapan. Dia berhak masuk dari pintu mana yang dia mahu.
Riwayat Muslim (234), Abu Daud (169), al-Nasa’ie
(148), Ibn Majah (470) dan al-Tirmizi (55)
Dalam menafsirkan maksud pintu-pintu syurga dibuka, ada dua pendapat:
- Untuk memudahkan sampai ke arah jalan-jalan kebajikan yang akhirnya menuju ke pintu tersebut. Dalam bahasa yang lain, Allah menyediakan baginya sebab-sebab amalan soleh yang akhirnya membawa kepada pintu-pintu syurga. Ini berdasarkan firman Allah:
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا
Maksudnya: Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan);
(Surah al-Ankabut: 69)
- Makna futihat (فُتِحَتْ) “telah dibuka” dengan maksud akan dibuka pada hari Kiamat. Penggunaan fi’il madhi pada tempat akan datang semata-mata untuk mentahqiqkan pasti berlaku dan hampirnya. Ini sejenis daripada ta’bir balaghi sebagaimana firman Allah SWT:
أَتَىٰ أَمْرُ اللَّـهِ فَلَا تَسْتَعْجِلُوهُ
Maksudnya: Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu minta disegerakan.
(Surah al-Nahl: 1)
Semoga Allah tempatkan kita bersama golongan soleh yang akhirnya melayakkan kita menduduki syurga-Nya. Amin.
Untuk memahami lebih lanjut tentang jenis-jenis air yang boleh digunakan dalam wuduk, anda boleh merujuk kepada artikel mengenai jenis air mutlak.