Doa adalah ibadah yang dituntut kepada setiap muslim melakukannya. Ada waktu yang sesiapa berdoa kepada Allah SWT akan diperkenankan, iaitu doa selepas azan dan sebelum iqamah dan doa ketika hujan turun.
Isi Kandungan
Pertama, ketika azan berkumandang, pintu langit terbuka dan doa mudah dimakbulkan bagi hamba yang taat.Allah SWT turut mengurniakan waktu istimewa untuk hambaNya yang berdoa pada awal waktu solat, iaitu antara azan dan laungan iqamah.
Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud, “Doa di antara azan dan iqamah tidak tertolak”.(Hadis Riwayat At Tirmidzi dan Abu Daud).
Kedua, waktu hujan turun membasahi bumi bukan sahaja dapat menyirami tumbuhan dan menyejukkan bumi yang kering. Waktu ini juga Allah SWT cipta untuk hambaNya berdoa supaya dapat dikabulkan. Hujan yang turun turut disertai dengan rezeki dan rahmat bagi hambaNya yang taat dan tidak putus-putus berdoa.
Sumber: Kolej Islam As-Sofa
Ingat dalam situasi hujan yang sedang turun menitis, peluang berdoa kita wajib laksanakan … Kerana saat Allah akan mudah qabulkan doa hambaNya ialah saat hujan turun membasahi bumi.
وقد جاء فى حديث سهل بن سعد مرفوعا: أن النبى صلى الله عليه وسلم قال: ( ثنتان ما تردان : الدعاء عند النداء، وتحت المطر)
” Doa tidak ditolak dalam 2 keadaan; Ketika antara azan dan iqamat dan ketika hujan turun “
Doa Ketika Hujan Turun
Bacalah juga doa yang di ajar oleh Rasulullah saw ketika hujan turun;
“اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا، اللَّهُمَّ صَيِّبًا هَنِيئًا”
Allahuma Soyyiban Nafi’an
Ya Allah, curahkanlah air hujan yang bermanfaat. (HR Bukhar dari Aisyah RA).
Doa Ketika Hujan Berhenti
مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللـهِ ورَحْمَتِهِ
“Muthirnaa bifadhlillahi wa rahmatihi.”
Diturunkan kepada kami hujan berkat anugerah Allah dan rahmat-Nya. (HR Bukhari)
(HR Bukhari 1/205,Muslim 1/83)
Doa Ketika Hujan Turun Dengan Sangat Lebat
“Ya Allah, Turunkanlah hujan disekitar kami,namun jangan untuk menghancurkan atau merosakkan kami. Ya Allah turunkanlah hujan ke dataran tinggi, gunung-ganang, bukit-bukit,perut lembah dan tempat tumbuhnya pepohonan”
(HR Bukhari 1/224, Muslim 2/614)
Doa ketika hujan turun doa yang dimakbulkan Allah.
اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا ، اللَّهُمَّ عَلَى الآكَامِ وَالظِّرَابِ ، وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ ، وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ
“Allahumma hawalaina wala ‘alaina. Allahumma ‘alal akami wa adhirabi, wa buthunil auwdiyati, wamanabitisyajari.”
Semoga rezeki kita semua dari setiap sudut sederas limpahan hujan yang turun.
Doa Yang Nabi Saw Ajarkan Ketika Melihat Awan Hitam
Sayyidatina Aisyah Ra.Anha, berkata bahawa Nabi Saw jika melihat awan hitam di mana-mana penjuru langit, maka Baginda Saw akan berhenti daripada apa sahaja pekerjaannya, walaupun sedang bersolah. Selepas itu Baginda Saw akan menghadap ke arah awan tersebut lalu berdoa,
اَللّٰهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِن شَرِّ مَا أُرسِلُ بِهِ
“Ya Allah! Kami memohon kepada-Mu perlindungan daripada kejahatan yang ia telah diutuskan dengannya!”
Kemudian apabila hujan turun, Baginda Saw akan membaca sebanyak dua atau tiga kali,
الَلّٰهُمَّ صَيِّبًا نَافِعََا
“Ya Allah! Jadikanlah ia hujan yang lebat dan bermanfaat!” Dan jika Allah mengalihkan awan itu dan tidak hujan, Baginda akan memuji Allah atas perkara demikian.
Contoh Doa Ketika Hujan Dalam Bahasa Melayu
Bismillahirrahmanirrahim
YA ALLAH,
Yang Maha Pemurah,
Yang Maha Merancang,
berikan aku rezeki seluas langitMU,
rezeki yang berkat,
Rezeki yang tak pernah putus seperti air zamzam,
rezeki yang bertebaran di seluruh pelusuk dunia seperti mana air zamzam MU yang bertebaran di seluruh dunia,
rezeki yang tak pernah putus,
rezeki yang membawa kebaikan,
rezeki yang membawaku ke syurgaMU,
rezeki yang tak di sangka-sangka,
rezeki yang menjangkau akal fikiran,
rezeki yang membawa aku, pasangan ku, ibubapa, keluarga, sahabat, guru² & kenalan aku ke syurgaMU
آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Baca juga
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar
Sesungguhnya Engkaulah MAHA segala-galanya…