Doa Barang Hilang – Amalkan Ketika Kehilangan Sesuatu

Manusia ni Allah kurniakan sifat lupa. Kadang-kadang barang yang mudah pun kita boleh terlupa kat mana letak. Doa rasa macam ingat letak kat mana. Tapi tu lah cari tak jumpa jugak. Lepas ni kalau ada barang-barang yang hilang boleh cuba amal doa barang hilang ni nah.

Doa Barang Hilang Agar Jumpa Kembali

Khas untuk korang yang tengah cari barang hilang. Baca doa barang hilang ni, inshaAllah jumpa. Kalau tak jumpa juga mungkin Allah akan gantikan dengan yang lain. Bersangka baiklah.

Doa 1

Doa Barang Hilang

Bacaan Doa Ketika Hilang Barang Dalam Arab

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لَا رَيْبَ فِيْهِ اِجْمَعْ بَيْنِيْ وَبَيْنَ ضَالَّتِيْ فِيْ خَيْرٍ وَعَافِيَةٍ

Bacaan Doa Barang Hilang Rumi

Allâhumma yâ jâmi‘an nâsi liyaumin lâ raiba fîh, ijma’ bainî wa baina dlâllatî fî khairin wa ‘âfiyah.

Maksudnya: “Ya Allah, wahai Tuhan yang mengumpulkan semua manusia di hari yang tiada ragu lagi padanya. Pertemukan aku dan barangku yang hilang dengan kebaikan dan ‘afiyah.”

Doa 2

Doa Barang Yang Hilang

Dan kami riwayatkan di dalam kitab risalah Imam Abul Qasim al-Qusyairi radhiyallahu ‘anhu pada Bab Karamah Aulia, beliau berkata: Adalah bagi Jaafar al-Khuldi² satu mata cincin, lalu terjatuh ke dalam sungai Dajlah. Dan adalah baginya doa yang mujarab untuk mendapatkan semula mata benda yang hilang, lalu beliau berdoa dengan doa tersebut, dan akhirnya mata cincin itu didapati di tengah-tengah daun kayu yang dibalik-balikkannya.

Berkata Imam al-Qusyairi radhiyallahu ‘anhu: Aku mendengar Abu Hatim as-Sajistani rahimahullahu taala berkata: Aku mendengar Abu Nasir as-Sarraj rahimahullahu taala berkata:

يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمِ لَا رَيْبَ فِيْهِ، اجْمَعُ عَلَيَّ ضَالَّتِي

Ertinya: Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia di hari yang tidak ada ragu-ragu lagi padanya, himpunkanlah aku dengan barangku yang hilang itu.

Berkata Imam Nawawi : Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mendapatkan barang yang hilang dengan tidak lama mencarinya.

Amalan Apabila Barang Hilang

Baca SELAWAT (berulang-ulang kali) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran anda ingatkan kembali bilakah waktu akhir anda Nampak atau pegang barang itu. Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda, anda akan menemuinya semula.

  • Al-Fatihah – 7 kali
  • Al Fath 1-3 – 7 kali
  • Al Khafi Ayat 19 – 7 kali
  • Surah Al-Ikhlas – 7 kali
  • Selawat – 7 kali
  • Ya Allah – 3 kali.
  • Kemudian wirid ‘Ya Hafiz’ – 119 kali

Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoalah “Doa Ditemukan Barang Yang Hilang”, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.

Sunnah dan Bidaah Ketika Barang Hilang atau Dicuri

Bidaah

Mencari barang dicuri dengan tatacara tertentu dalam solat dan mendakwa akan ditunjukkan nama pencuri tersebut.

Ajaran ini tersebar sudah lama di alam Melayu.

Pertama : Solat istikharah dua rakaat, kemudian menyembelih dua ekor haiwan berwarna hitam lalu buat kenduri arwah. Nanti akan dapat petunjuk seperti wajah atau nama si pencuri.

Perbuatan ini membatalkan Islam (murtad) kerana menyembelih bukan kerana Allah. Beribadah kepada selain Allah.

Kedua : Solat istikharah dua rakaat dan diberikan pengeras dengan ada nilai suku. Contohnya 5 sen. 15 sen. Tak boleh genap. Ini adalah perbuatan khurafat. Tahyul.

Sunnah

Ketika barang milik kita dicuri atau hilang, maka itu adalah musibah. Rasulullah telah mengajar kita doa yang sangat besar lagi luar biasa apabila ditimpa musibah.

Sahih Muslim :

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْنِى فِى مُصِيبَتِى وَأَخْلِفْ لِى خَيْرًا مِنْهَا

“Segala sesuatu adalah milik Allah dan akan kembali kepada-Nya. Ya Allah, berilah ganjaran terhadap musibah yang menimpaku dan berilah ganti dengan yang lebih baik.”

Hadith diriwayatkan oleh Ummu Salamah. Ketika suaminya mati (Abu Salamah), Ummu Salamah membaca doa ini.

Apa balasan Allah kepada Ummu Salamah?

Allah beri ganti suami yang lebih baik berbanding suami sebelumnya, iaitu Rasulullah.

Mintalah kepada Allah apabila ditimpa musibah, bukan kepada bomoh atau ustaz.

Sumber

“Diharap perkongsian kami tentang Doa Barang Hilang ini dapat memberi panduan buat semua. Semoga doa yang kami kongsikan boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja yang sedang menghadapi situasi kehilangan barang. Kehilangan sesuatu, sama ada barang kecil atau besar, boleh menyebabkan rasa risau dan gelisah. Dengan amalan doa dan berserah kepada Allah, kita diberi petunjuk serta kekuatan untuk menghadapi situasi tersebut dan mudah-mudahan barang yang hilang akan dijumpai semula.”

Leave a Comment

error: Content is protected !!