Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah, Sebab Alasan Tak Datang

Musim penyakit mudah berjangkit ni, yang amat kesian adalah anak-anak. Kalau yang sekolah tu, tak pasal-pasal kena buat surat tidak hadir ke sekolah. Kena buat surat, kalau tidak cikgu akan anggap anak kita ponteng.

Join Channel WhatsApp Kami Untuk Bantuan Kerajaan Terkini dan Info Semasa 2023

Paling penting untuk cikgu tahu yang anak kita benar-benar tidak hadir dan bukan melencong ke tempat lain. Dan untuk mengelakkan malang tak berbau.

Kalau ikutkan ada banyak sebab alasan tidak datang ke sekolah. Alasan paling popular tak hadir ke sekolah adalah sebab sakit perut. Ni perkara biasa. Tapi ada juga situasi lain sebab tak datang.

Antaranya ialah urusan keluarga, berada di luar kawasan, demam, mahupun kematian melibatkan keluarga atau sanak saudara.

Cikgu pun paham kalau sada surat ni. Maklumlah cikgu pernah jadi budak sekolah. Jadi kalau alasan tak datang tu cikgu dah lali. Jadi kalau ada surat takdelah cikgu menyalahkan anak kita sebab tak datang. Melainkan memang hasrat nak ponteng sekolah dari awal lagi.

Cikgu pun boleh bantu jika ada apa-apa yang memerlukan bantuan jika ada surat. Contohnya derma sebab kematian atau penyakit. Tidak kisah. Yang penting bagitahu cikgu.

Blogr nak kongsikan beberapa senarai surat tidak datang yang sesuai digunakan sekiranya ada ibu bapa yang memerlukan. Surat cuti ini boleh digunakan samada anda ada atau tiada surat sijil sakit daripada doktor.

Format Surat Rasmi

Ibu bapa mestilah menggunakan dalam format surat rasmi kerana ia adalah surat formal untuk beri pada sekolah. Mana-mana yang memerlukan surat rasmi semuanya sama sahaja formatnya. Hanya isi sahaja yang berbeza.

Yang penting kena ada

  • Nama pengirim dan alamat
  • Nama penerima dan alamat
  • Sebab tidak hadir
  • Tandatangan

Senarai Contoh Surat Tidak Hadir ke Sekolah Word

Kami akan kongsikan beberapa jenis surat tidak hadir ke sekolah atas alasan seperti demam, kematian, urusan keluarga dan sebagainya. Semua format surat ni sama sahaja. Anda hanya perlu ubah mana yang perlu sahaja.

Contoh Situasi Yang Memerlukan Surat Tidak Hadir Ke Sekolah

Tetiba ayah kena kerja luar kawasan, emak pula tak reti nak bawa kereta. Jadi dekat sini anak kena buat surat kalau tak pergi sekolah.

Saudara meninggal di utara. Kita pulak ada di selatan. Kena balik jugak sebab saudara dekat. Jadi sekeluarga kena pergi. Pun kena buat surat jugak ye.

Malam semalam makan macam-macam. Jadi pagi tadi sakit perut. Memulas pulak tu. Dah berapa kali ulang pergi tandas. Kalau pergi sekolah karang tak jadi belajar sebab sakit perut. Jadi sila sediakan surat tak datang ke sekolah jugak ye. Esok bila dah sihat terus bagi cikgu surat tu.

Dibawah ini blogr sediakan contoh untuk anda beserta link muat turun sekali. Senang untuk anda isi dan bagi pada cikgu atau pihak sekolah.

Berikut merupakan contoh surat tidak hadir ke sekolah sebab demam

Tahun Tiga Takwa,
Sekolah Kebangsaan Beserah,
Jalan Beserah,
Kuantan, Pahang.


Cikgu Noor Anita binti Awang,
Sekolah Kebangsaan Beserah,
Jalan Beserah, Kuantan, Pahang. 7 Febuari 2023

Cikgu,

Tidak Hadir Ke Sekolah

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya __________ , murid Tahun Tiga Takwa tidak dapat hadir ke sekolah pada 4 Febuari 2023 kerana diserang demam panas.

3. Saya telah pun mendapatkan rawatan doktor di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Doktor menasihatkan saya supaya berehat selama tiga hari.

4. Bersama-sama surat ini, saya sertakan surat akuan doktor untuk perhatian dan tindakan cikgu. Saya berjanji akan mengulang kaji mana-mana pelajaran yang saya tertinggal pada hari tersebut.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

………………………………………………

(                                             )

surat tidak hadir ke sekolah demam

Link untuk muat turun: Sebab Demam Panas

Berikut merupakan contoh surat tidak hadir ke sekolah sebab berada di luar kawasan

Muhammad Kamarul Bin Ahmad
Blok A-15 ,Taman Pulau Indah,
10358 Kangar
Perlis Indera Kayangan


Guru Kelas 5 Cempaka
Sek. Keb. Tanjong Jejawi
Jalan Raja Putra,
10560, Ulu Pauh
Perlis Indera Kayangan 28/03/2023

Tuan/ Puan,
PER: TIDAK HADIR KE SEKOLAH
Merujuk kepada perkara diatas, saya Ahmad Bin Latif waris penjaga Muhamad Kamarul B. Ahmad ingin menjelaskan sebab anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah pada 26/03/2023.

2. Anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah disebabkan kami sekeluarga berada di luar kawasan.

3. Saya telah pergi sekeluarga ke bandar kerana saya dikehendaki menghadiri kursus di sana. Jadi tiada sesiapa boleh menghantar anak saya ke.
Saya ingin meminta maaf diatas kejadian dan berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan surat ini.


Sekian terima kasih.


Yang Benar,


(Ahmad Bin Latif)

surat tidak hadir ke sekolah luar kawasan

Link untuk muat turun: Sebab Berada di Luar Kawasan

Baca juga

Jemput masuk ke Telegram Channel saya!

Leave a Comment