Contoh Resit Rasmi Untuk Bayaran Online dan Cara Buat

Resit bayaran atau contoh resit rasmi merupakan dokumen yang diberikan oleh penjual kepada seseorang yang telah membeli barangan. Ia juga menunjukkan sesuatu transaksi jualan belian telah berlaku antara penjual dan pembeli. Ia amat berbeza dengan invois. Boleh baca antara artikel contoh invois yang telah blogr sediakan.

Sekiranya anda membuat servis, jual produk atau apajua dimana akad jual beli terjadi, sesuatu resit rasmi hendaklah dikeluarkan untuk tujuan rekod.

Contoh Resit Rasmi Bayaran

Antara contoh resit rasmi untuk bayaran ialah resit saman, resit pembelian barang online, resit yuran sekolah, resit booking hotel atau homestay atau resit servis yang telah dipersetujui. Berikut merupakan contoh resit tersebut

1. Resit Tempahan Hotel

Ini adalah antara contoh resit dari pihak hotel ataupun homestay. Apabila anda membuat tempahan di hotel ataupun homestay anda akan diberikan resit rasmi menandakan tempahan telah dibuat. Jadi sekiranya apa-apa terjadi nanti anda boleh kemukakan resit tersebut

resit rasmi tempahan hotel

2. Resit Yuran Sekolah

Setiap kali masuk persekolahan baru anda akan mendaftar anda anda ke sekolah dan membayar yuran sekian sekian dan akan diberikan resit menandakan pembayaran yuran telah selesai

resit yuran sekolah

3. Resit Rasmi Bayaran

Resit ini pula dikeluarkan oleh sesetengah pihak atau kedai dimana anda membeli barang. Kebiasaannya barang tersebut mengandungi warranty jadi resit adalah diperlukan apabila anda hendak membuat ganti rugi barang.

Resit Rasmi Bayaran

4. Resit Bayaran Online

Resit ini dikeluarkan ketika anda membuat pembelian produk atau servis secara online.

Resit Bayaran Online

5. Resit Saman

Resit saman ini dikeluarkan apabila anda membuat pembayaran secara online untuk saman trafik yang telah anda kena.

resit saman

Tujuan Resit Bayaran

Setiap resit ada tujuan ia dikeluarkan. Samada untuk rekod, claim dan sebagainya, berikut merupakan tujuan resit bayaran dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli

Sebagai bukti pembelian barangan ataupun servis1. Resit yang diberikan kepada pembeli adalah sebagai bukti sesuatu urusniaga telah berlaku.
2. Juga sebagai rekod untuk penjual yang telah melakukan urusan jual produk ataupun servis
Rekod AuditIa juga sebagai rekod untuk audit samada tujuan cukai atau tujuan pemulangan barang oleh pelanggan
Rekod Bayaran DiterimaIa juga sebagai rekod kepada penjual bahawa ada duit masuk ke akaun bank syarikat ataupun perseorangan
Bukti TransaksiSebagai bukti pembelian telah berlaku dan jika hendak membuat pemulangan barang atau servis
StokSebagai bukti kiraan stok yang terdapat samada perlu tambah ataupun tidak

Cara Buat Resit Bayaran

Terdapat dua cara untuk buat resit bayaran bagi diberikan kepada pembeli. Samada pembeli melakukan pembayaran melalui manual atau online. Caranya ialah melalui template dari invoice simple dan juga microsoft sendiri

Template Resit dari Invoice Simple

Berikut merupakan resit bayaran template yang diambil dari Invoice Simple. Saya ada berikan link download sekali jika anda berminat. Kesemua template resit bayaran ini anda boleh muat turun di Resit Bayaran Template.

  • Template Resit Bayaran 1
template resit rasmi bayaran
  • Template Resit Bayaran 2
tmplate resit bayaran 3
  • Template Resit Bayaran 3
tmplate resit bayaran 2
  • Template Resit Bayaran 4
template resit bayaran
  • Template Resit Bayaran 5
tmplate resit rasmi bayaran 1
  • Template Resit Bayaran 6
tmplate resit bayaran

Template Resit Microsoft

Pihak microsoft juga ada menyediakan resit secara percuma aje. Anda hanya perlu download dan edit untuk menjadikan resit tersebut sebagai resit bayaran anda.

Antara contoh resit yang ada di laman web tersebut adalah seperti gambar di bawah

cara buat resit rasmi

Anda hanya perlu klik Muat Turun Resit Online Microsoft dan boleh muat turun. Jangan bimbang. Link ini selamat kerana ia dari microsoft sendiri.

Leave a Comment

error: Content is protected !!