Cerai Taklik: Definisi, Proses, dan Implikasinya

Cerai taklik merujuk kepada bentuk perceraian yang berlaku apabila suami melanggar syarat-syarat tertentu yang dinyatakan semasa akad nikah. Boleh baca mengenai rukun nikah di artikel yang telah kami sediakan.

Cerai Taklik

cerai taklik

Cerai taklik lazimnya diikat dengan janji yang dibuat oleh suami, yang boleh mengakibatkan perceraian jika syarat tersebut dilanggar. Contoh syarat-syarat ini termasuk suami meninggalkan isteri lebih dari enam bulan tanpa memberikan nafkah atau melakukan tindakan yang memudaratkan isteri.

Proses Perundangan Cerai Taklik

Proses perceraian taklik melibatkan tindakan isteri yang teraniaya untuk mengadu kepada Mahkamah Syariah. Tindakan ini memerlukan bukti yang kukuh dan boleh disahkan oleh mahkamah, sama ada melalui saksi atau bukti fizikal. Sekiranya syarat taklik dilanggar dan disahkan oleh Mahkamah Syariah, maka perceraian secara taklik boleh berlaku. Penting bagi isteri untuk memahami bahawa proses ini boleh mengambil masa kerana beban bukti terletak sepenuhnya di pihak mereka.

Syarat-Syarat Umum Cerai Taklik

Syarat cerai taklik biasanya melibatkan situasi seperti:

  1. Suami meninggalkan isteri tanpa nafkah zahir atau batin selama lebih enam bulan.
  2. Suami melakukan penderaan fizikal atau emosi yang mendatangkan mudarat kepada isteri.
  3. Suami membuat janji atau memberi amaran yang berkait dengan perceraian, seperti melarang isteri daripada melakukan sesuatu tindakan tertentu.

Sebagai contoh, jika suami berkata, “Jika kamu pergi ke rumah kawan, maka jatuh talak,” maka taklik akan berlaku sekiranya isteri melanggar syarat tersebut.

Kesukaran Mendapatkan Cerai Taklik

Mendapatkan cerai taklik tidak mudah. Prosesnya memerlukan isteri untuk membuktikan dengan jelas bahawa syarat taklik telah dilanggar. Ini sering memerlukan sokongan saksi atau bukti yang konkrit, dan keputusan akhir terletak pada hakim Mahkamah Syariah. Keputusan hakim adalah muktamad dalam menentukan sama ada perceraian taklik sah atau tidak.

Bahaya Cerai Taklik

Satu perkara yang harus diberi perhatian ialah bahaya cerai taklik jika melibatkan lafaz tebus talak. Sekiranya cerai taklik berlaku dalam bentuk ini, pasangan tidak boleh rujuk kembali melainkan dengan akad nikah yang baharu. Oleh itu, suami yang masih menyayangi isterinya perlu segera menyelesaikan masalah yang menyebabkan taklik sebelum ia disahkan oleh mahkamah.

Tempoh Iddah Cerai Taklik

Tempoh iddah bagi perceraian taklik adalah sama dengan perceraian biasa, iaitu:

  • Tiga kali suci (sekitar tiga bulan) bagi wanita yang masih mempunyai haid.
  • Tiga bulan bagi wanita yang telah putus haid.
  • Sehingga melahirkan anak bagi wanita yang sedang hamil.

Sepanjang tempoh iddah, isteri masih berhak menerima nafkah daripada suami, dan suami tidak boleh mengusir isteri dari rumah mereka.

Cerai Taklik Menurut Ustaz Azhar Idrus

Terdapat satu video penjelasan dari pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus mengenai cerai taklik antara pasangan suami isteri.

Contohnya apabila suami kata, ‘kalau awak pergi juga rumah kawan awak di Seberang Takir, maka jatuh satu talak.’ Itu adalah cerai taklik.

Tapi jika isterinya pergi ke Seberang Takir tapi tidak ke rumah kawannya, maka itu tak jatuh talak.

50 tahun isterinya tak pergi ke rumah kawan tersebut tetapi pada tahun ke 51 isterinya pergi, oleh itu jatuhlah talak walaupun ketika itu suaminya sudah nyanyuk.

Bukan tu jer, kata Ustaz Azhar Idrus lagi yang cerai taklik itu akan sah apabila si isteri diberikan pilihan.

Tetapi ia akan sah apabila si isteri mempunyai sesuatu pilihan.

Contohnya, si suami kata, ‘lepas daripada ini kamu bernafas, maka jatuh talak.’ Itu tidak sah dan tidak boleh.

Kesimpulan

Cerai taklik bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan. Suami dan isteri perlu memahami syarat-syarat yang ditetapkan semasa akad nikah dan mematuhi tanggungjawab masing-masing untuk mengelakkan berlakunya perceraian. Proses perceraian taklik memerlukan bukti yang jelas dan persetujuan mahkamah, menjadikannya proses yang panjang dan mencabar. Sebagai alternatif, perbincangan dan mediasi sebaiknya dijalankan sebelum tindakan perceraian diputuskan.

Soal Jawab Cerai Taklik

Soalan: Assalamua’laikum. Saya ingin bertanya tentang cerai taklik bersyarat. Situasi Dalam pergaduhan antara suami dan isteri, si suami melafazkan nama penuh isteri dan lafaz ‘kalau kau keluar dari rumah ini, aku ceraikan kau dengan talak satu’ dengan niat untuk menghalang isteri keluar dari rumah pada ketika itu yang mana ingin memberi ugutan kepada isteri untuk tidak keluar dari rumah disebabkan ingin menjaga aib keluarga kerana masa itu isteri tengah berkemas untuk keluar dan suami dalam keadaan marah kerana isteri tidak endahkan percakapan suami.

Selepas berdamai, suami dan isteri keluar rumah seperti biasa. Adakah jatuh talak tersebut? Jika jatuh, adakah cara rujuk sah dengan lafaz aku rujuk kembali atau dengan jima’ suami dan isteri? Keadaan isteri ketika lafaz tersebut ialah sedang mengandung 3 bulan.

Jawapan: Merujuk kepada persoalan tuan, berkenaan lafaz taklik yang diucap oleh suami iaitu : “kalau kau keluar dari rumah ini, aku ceraikan kau dengan talak satu“, ia bukanlah lafaz taklik yang bersyarat, kerana tidak ditentukan atau disyaratkan masa, hari, atau tarikh tertentu.

Contoh taklik bersyarat ialah : “kalau kau keluar dari rumah ini sekarang, aku ceraikan kau dengan talak satu”. Maknanya, kalau isteri tidak keluar dari rumahnya sekarang, maka tidaklah jatuh talak ke atasnya. Dan taklik itu berakhir pada masa itu sahaja. Adapun, lafaz taklik “kalau kau keluar dari rumah ini, aku ceraikan kau dengan talak satu“, adalah lafaz taklik yang tidak ditentukan masanya.

Walaupun selepas berdamai, taklik itu masih berjalan sehinggalah isterinya keluar dari rumah tersebut. maka ketika ini jatuhlah talak ke atas isterinya. Berkenaan rujuk, berdasarkan kepada mazhab Shafie, syarat rujuk hendaklah dilafazkan oleh suami. Sebaiknya, urusan perceraian dan rujuk hendaklah dikemukakan terus ke Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran untuk direkod bagi penentuan status perkahwinan suami isteri tersebut.

Sumber

Soalan: Saya pernah mengadu pada suami tentang saya sering teringatkatkan kisah silam bersama lelaki lain. Saya pernah berkata padanya ‘saya takut awak akan ceraikan saya.. Beliau membalas nak ke? Saya jawab tak nak. Kemudian beliau membalas jika tak nak, janganlah buat lagi.

Adakah jatuh talak sekiranya saya mengingati kisah silam tersebut? Sebab saya kurang pasti apa yang dimaksudkan perkara ‘jangan buat lagi’. Saya risau dan perkara ini sering bermain di pikiran saya. Kerana saya pernah mengingati kisah silam bersama lelaki tersebut selepas kejadian itu. Adakah situasi ini dikira sebagai cerai taklik?

Jawapan: Lafaz talak tersebut tidak dianggap sebagai cerai taklik yang lengkap yang bergantung kepada sayaarat yang ditetapkan oleh suami. Walau bagaimanapun keputusan muktamad hanya dapat diperolehi selepaskes ini dibicarakan di Mahkamah Sayaariah berdekatan bagi memastikan adakah benar pihak suami bermaksud sedemikian. Selain itu, apa yang bermain di fikiran adalah sesuatu yang subjektif dan sukar untuk dihindarkan sama sekali.

Sumber

Blogr.my

Cik Blogr

Seorang yang suka menulis dan berkongsi kepada orang ramai.

Leave a Comment

error: Content is protected !!