Cara Terminate Unifi Online atau Offline

Kekadang bila dah habis kontrak unifi, rasa nak terminate uifi je kan? Sebab guna pun jarang-jarang. Maklumlah balik kerja je penat terus tidur. So artikel kalini blogr akan kongsikan cara terminate unifi.

Cara Terminate Unifi

Terdapat 3 cara untuk anda terminate akaun Unifi anda. Caranya ialah

cara terminate unifi
  1. Sila maklumkan kepada pihak Unifi 30 hari notis tentang keinginan anda untuk terminate akaun unifi anda melalui
    • Channel online
      • Unifi portal (Unifi.com.my)
      • Live Chat at https://maya.unifi.com.my or MyUnifi app
      • Facebook at facebook.com/weareunifi
      • Twitter at @helpmeunifi
      • Email to help@tm.com.my
    • Customer Service Unifi
    • Pergi terus ke TmPoint yang berdekatan anda. Untuk Selangor boleh refer Senarai Tmpoint di Selangor
  2. Pihak Unifi akan memberikan anda jumlah bill yang perlu anda bayar beserta baki. PihakTM akan hubungi anda dalam masa 7 hari bagi confirmkan proses terminate unifi anda. Apabila bayaran sudah settle samada bayar bil unifi melalui apps MyUnifi atau Bayar Bil Unifi Melalui JomPay pihak Unifi akan proses untuk termiante akaun unifi anda dalam masa 31 hari selepas notis diberikan mengikut langkah 1 tadi.
  3. Anda akan terima SMS mengatakan proses terminate akaun Unifi anda sudah lengkap. Device tidak perlu dipulangkan jika sudah habis kontrak.

Terminate Unifi Dalam Kontrak atau Habis Kontrak

Untuk pengetahuan pengguna unifi

Terminate Unifi Habis Kontrak

Sekiranya anda dah habis kontrak, maka tiada penalti akan dikenakan untuk terminate Unifi.

Sekiranya akaun anda masih ada baki lagi selepas terminate, pihak TM akan membuat refund kepada akaun anda. Tapi anda perlu memberikan no akaun bank serta salinan bank statement seperti nama anda di kad pengenalan kepada mereka.

Terminate Unifi Dalam Kontrak

Tapi sekiranya anda nak terminate dan unifi anda masih dalam kontrak, maka anda akan dikenakan penalti kerana batalkan akaun unifi anda awal.

Kiraan penalti adalah seperti berikut:

Kontrak Unifi: 24 bulan
Harga pakej: RM89 sebulan

Terminate awal dan baki kontrak masih ada: 10 bulan

Maka penalti dikenakan sebab terminate unifi awal ialah:
Harga Pakej x Baki Kontrak = RM89 x 10 bulan = RM890 bulan

Maka anda kena bayar penalti sebanyak RM890 untuk terminate ketika unifi masih dalam kontrak.

Sekian itu sahaja perkongsian dari blogr untuk anda. Jumpa lagi di lain hari.

Leave a Comment

error: Content is protected !!