Sebagai seorang Islam kita kena ambil tahu tentang mandi wajib. Mandi wajib ni bermaksud membersihkan diri daripada segala hadas besar seperti bersetubuh, keluar air mani, haid atau nifas.
Isi Kandungan
Maksud mandi wajib adalah meratakan air ke seluruh tubuh badan dari hujung rambut sampai hujung kaki termasuklah celah-celah pelipat.
Sebelum mandi wajib kita mestilah berniat untuk mandi wajib dan barulah mandi supaya mandi wajib kita itu sah.
Ini kerana niat adalah termasuk dari perkara wajib dan mandi wajib itu menjadi sah selain dari meratakan air ke seluruh badan.
Cara Mandi Wajib
Berikut merupakan antara langkah-langkah dan cara mandi wajib yang lengkap mengikut panduan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Pastikan anda menggunakan air mutlak semasa mandi wajib. Boleh baca artikel kami mengenai jenis air mutlak.
- Niat bila air sampai ke badan
- Membaca “Bismillah”
- Basuh tangan tiga kali
- Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
- Bersihkan tangan kiri dengan sabun
- Ambil wuduk seperti yang biasa dilakukan sebelum solat, atau boleh tangguhkan membasuh kaki selepas selesai mandi
- Basuh kepala dengan mengusap rambut secara rata dan siram kepala 3 kali dengan air. Bagi perempuan yang mandi haid atau mandi junub, hendaklah ditanggalkan ikatan rambut
- Mulakan dengan bahagian kanan badan
- Sapukan air ke seluruh badan
- Berwuduk jika ingin menunaikan solat fardhu
Disunnahkan mandi wajib dengan menghadap kiblat dan dimulakan dengan sisi kanan.
Cara Mandi Wajib Selepas Haid
Mesti ramai yang was-was berkenaan mandi haid yang betul kan. Kekadang dah mandi tapi kita was-was adakah dah suci atau belum. Samalah. kita pun kekadang pening maklumlah dengan kitaran haid tak menentu.
Untuk ini apakata kita tondon video oleh ustazah siti aisyah
Sebab Perlu Mandi wajib
Menurut mufti wilayah persekutuan seseorang itu dianggap sebagai wajib mandi wajib disebabkan oleh dua perkara iaitu
- Keluar air mani sama ada di kalangan lelaki atau perempuan dengan apa-apa sebab sekalipun sama ada dengan bermimpi, bercumbuan, melihat seseorang dengan berahi atau berkhayal.
- Bersetubuh sekalipun tidak keluar air mani.
Antara lain sebab wajib mandi wajib ialah
- Keluar darah Haid bagi wanita.
- Nifas iaitu darah yang keluar dari faraj wanita ketika melahirkan anak (Wiladah)
- Wiladah – wanita yang melahirkan anak.
- Mati kecuali mati syahid
- Masuk Islam orang dari ajaran sebelumnya (“kafir”)
Rukun Mandi Wajib
Rukun mandi wajib ada dua sahaja dan mandi wajib itu menjadi sah. Antara rukun mandi wajib ialah
- Berniat untuk mandi wajib
- Meratakan air ke seluruh anggota badan termasuk celah-celah pelipat
Niat hendaklah dibaca sambil air diratakan ke seluruh anggota badan. Sekiranya ada kotoran pada badan, hendaklah dibersihkan terlebih dahulu sebelum mandi hadas besar.
Niat Mandi Wajib
Berikut merupakan niat mandi wajib bagi hadas besar, junub, haid dan nifas
Niat Mandi Wajib Hadas Besar
Dalam rumi: Nawaitu Raf ‘al Hadasil Akbari Lillahi Ta’ala.
Niat dalam Bahasa Melayu: Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala
Niat Mandi Junub
Dalam rumi: Nawaitul Ghusla ‘Anil-janabati Lillahi Taala
Dalam Bahasa Melayu: Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala
Niat Mandi Wajib Selepas Haid
Dalam rumi: Nawaitul Ghusla ‘Anil Haidhi Lillahi Taala
Niat Dalam Bahasa Melayu: Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”
Niat Mandi Wajib Nifas
Niat Dalam Rumi: Nawaitul Ghusla ‘Anin-nafasi Lillahi Taala
Niat Mandi Nifas Dalam BM: Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Perkara yang Perlu Dielakkan Semasa Mandi Wajib
a) Pembaziran Air
- Islam mengajar kita untuk berjimat cermat dalam penggunaan air, walaupun semasa mandi wajib.
- Elakkan membuka paip air dengan laju atau membiarkannya mengalir tanpa tujuan.
- Gunakan air secukupnya untuk membasuh seluruh badan tanpa berlebih-lebihan.
b) Bercakap Tanpa Keperluan
- Mandi wajib adalah ibadah, jadi fokus sepenuhnya pada niat dan perbuatan mandi.
- Elakkan perbualan yang tidak perlu semasa mandi wajib.
- Jika perlu bercakap, hadkan kepada perkara yang benar-benar penting sahaja.
c) Mandi di Tempat Terbuka
- Mandi wajib perlu dilakukan di tempat yang tertutup dan terlindung dari pandangan orang lain.
- Pastikan aurat terjaga sepanjang proses mandi.
- Jika terpaksa mandi di tempat yang kurang privasi (contohnya semasa bermusafir), ambil langkah untuk melindungi aurat sebaik mungkin.
Kesalahan Umum Semasa Mandi Wajib
a) Tidak Meratakan Air ke Seluruh Badan
- Salah satu syarat sah mandi wajib adalah air mesti sampai ke seluruh anggota badan.
- Pastikan air sampai ke bahagian-bahagian yang sukar seperti belakang telinga, pusat, celah-celah jari, dan bawah kaki.
- Bagi wanita berambut panjang, pastikan air sampai ke kulit kepala dan pangkal rambut.
b) Melupakan Niat
- Niat adalah rukun penting dalam mandi wajib.
- Kesalahan umum ialah mula mandi tanpa menetapkan niat terlebih dahulu.
- Niat boleh dilafazkan dalam hati tanpa perlu diucapkan dengan lidah.
c) Tidak Menghilangkan Najis Terlebih Dahulu
- Sebelum memulakan mandi wajib, pastikan badan bersih dari sebarang najis.
- Kesalahan umum ialah terus mandi tanpa membersihkan najis (jika ada) terlebih dahulu.
- Pembersihan najis ini penting untuk memastikan kesahan mandi wajib.
d) Tidak Berwudhu Sebelum Mandi
- Walaupun tidak wajib, adalah sunat untuk berwudhu sebelum mandi wajib.
- Ramai yang terlepas pandang langkah ini, sedangkan ia dapat meningkatkan kesempurnaan mandi wajib.
e) Tergesa-gesa Semasa Mandi
- Mandi wajib bukan sekadar membasahkan badan, tetapi perlu dilakukan dengan teliti.
- Kesalahan umum ialah mandi dengan terburu-buru sehingga ada bahagian badan yang terlepas dari basuhan.
Soalan dan Jawapan
Lepas mandi wajib kita pakai semula pakaian yg ada najis atau bernajis contoh air mazi, air kencing sah ke mandi wajib atau kena ulang semula mandi?
Mandi wajib sah apabila diniatkan, kemudian air diratakan ke seluruh tubuh dari hujung rambut ke hujung kaki termasuk ke segenap pelipat. Pakai apa2 saja selepas itu tak menjejaskan sahnya mandi itu. Sebaiknya elakkan pakai pakaian bernajis.
Bilakah perlu dibaca niat mandi wajib ini?
Niat mandi wajib ini perlu dibaca apabila air telah menyentuh kulit tubuh kita. Niat boleh dilafazkan melalui mulut atau dibaca dalam hati.
Apa beza mandi wajib dan mandi sunat?
Perbezaannya hanyalah niat tapi cara mandinya tetap sama
Apakah hukum mandi wajib selepas bersetubuh?
Wajib untuk anda melakukan mandi wajib.
Boleh ke kalau kita guna niat “Sahaja Aku Mandi Hadas Besar Kerana Allah Ta’ala” Untuk Mandi Hadas Haid, Nifas, Wiladah & Junub?
Boleh. In kerana dalam hadas besar itu merangkumi haid, nifas, wiladah, junub dab sebagainya.
Baca juga