Cara Bayar Bil Unifi Melalui JomPay

Ramai pengguna baru Unifi akan tertanya-tanya macam mana nak bayar bill. Maklumlah baru melanggan, tentu pening nak bayar ikut mana. Macam admin just bayar melalui boost je. Di sini admin tunjukkan cara bayar melalui JomPAY ye.

Apa Itu Jompay

Join Channel WhatsApp Kami Untuk Bantuan Kerajaan Terkini dan Info Semasa 2023

JomPAY merupakan inisiatif yang disokong oleh Bank Negara Malaysia bagi memudahkan pembayaran bil kepada ratusan syarikat atau organisasi secara perbankan online. Dengan JomPAY, pengguna boleh membayar bil seperti Astro, TM, TNB, bil Air atau apa-apa jenis bil dengan mudah dan cepat. Jika anda mencari cara bayar bil menggunakan JomPAY boleh ikut panduan ringkas ini bagi memudahkan urusan anda.

Cara nak bayar bil UniFi Melalui Maybank2u

Mudah je nak bayar bill unifi ni. Setiap orang ada akaun bank online. Dalam akaun bank tu ada Jompay. Jadi bayar bil UniFi ni pakai online payment Jompay je.

Cara nak bayar bil UniFi
  • Login akaun bank anda
  • Klik Accounts & Banking
  • Klik Bill Payment
  • Pilih JomPAY
  • Pilih Make a one-off payment
  • Masukkan jumlah hendak dibayar
  • Masukkan Biller code 8888
  • Ref 1 masukkan no akaun UniFi
  • Selesai

Ni penerangan detail Cara nak Bayar Bil Unifi.

Pertama sekali, untuk memudahkan pembayaran bil menggunakan JomPAY, anda perlu ada Biller Codes. Biller Code adalah kombinasi nombor unik yang mewakili JomPay Billler. Jadi sebelum anda buat pembayaran menggunakan JomPay anda kena dapatkan Biller Code JomPAY terlebih dahulu.

Biller Code UniFi

Unifi Biller Code ialah 8888

Kalau nak bayar bill lain menggunakan jompay pun boleh, hanya cari biller code diorang je. Bawah ni blogr ada share tentang biller code bagi tnb, air dan lain-lain. Korang tengok la ye.

Senarai Biller Code

No Akaun Unifi

No akaun UniFi ni boleh refer pada SMS atau email yang dihantar oleh pihak UniFi. Ref 1 nanti masukkan no akaun Unifi. Biasanya selepas pendaftaran unifi berjaya, agent akan bagi no akaun unifi ni. Ref-2: Boleh di biarkan kosong.

Cara Bayar Bil Unifi Melalui JomPay

Gambar atas tu adalah dekat mana anda nak cari no akaun unuk Ref-1 dekat Jompay. Refer Account No. Itulah no akaun unifi anda.

Isi jumlah yang anda kena bayar setiap bulan di bahagian Pay Amount. Jika anda ambil pakej RM89 sebulan maka kirakan sekali dengan SST dalam RM94. Bayar lebih takde masalah. Dia akan bawa ke bulan hadapan.

Mudah kan. Ya senang aje. Jangan lambat pula bayar bil UniFi tu. Nanti kena potong dan kalau nak sambung ada cas penyambungan RM10.

Soalan Lazim (FAQ)

  1. Apakah biller code unifi?

    Biller code untuk TM dan Unifi ialah 8888

  2. Apakah Ref-1 dekat dalam JomPAY unifi?

    Ref-1 adalah no akaun unifi anda. Refer pada bill unifi anda untuk no akaun ini.

  3. Macam mana cara bayar unifi bill online?

    Baca sahaja artikel kami ini. Ada cara nak bayar bil unifi online melalui Jompay.

  4. Kalau saya bayar lebih bill unifi boleh ke?

    Tiada masalah. Lebihan akan dibawa ke bulan seterusnya

Baca juga

Jemput masuk ke Telegram Channel saya!

Leave a Comment