Sabah di bawah Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, telah melancarkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) iaitu antara inisiatif bagi membangunkan agenda pendidikan di Negeri di Bawah Bayu itu.
Kerajaan negeri Sabah akan menawarkan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional kepada setiap anak Sabah yang dilahirkan bermula dari tahun 2022 melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dengan RM100 disumbangkan oleh kerajaan negeri.
Kandungan Artikel
BISTARI 2023
Bantuan Tabung Pendidikan RM 100 Anak Sabah ini merupakan salah satu insiatif kerajaan negeri Sabah dalam pembangunan modal insan bagi rakyat negeri ini serta bagi mengalakkan ibu bapa untuk menabung bagi tujuan pendidikan anak-anak sejak awal kelahiran.
![bistari 2023 bantuan pendidikan sabah](https://blogr.my/wp-content/uploads/2023/08/bistari-2023-bantuan-pendidikan-sabah-683x1024.jpg)
Tarikh Permohonan BISTARI
Tarikh permohonan bagi bantuan ini, dibuka sepanjang tahun, bermula dari 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 20223
Jumlah Bantuan Pendidikan
RM100 akan diberikan pada mereka yang berkelayakan dalam bentuk tabung simpanan . Simpanan sebanyak RM100 ini akan dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
Syarat-Syarat Kelayakan
Bagi sesiapa yang berminat untuk memohon bantuan ini pastikan anda melepasi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
![bantuan pendidikan sabah](https://blogr.my/wp-content/uploads/2023/08/bantuan-pendidikan-sabah-724x1024.jpg)
- Bayi tersebut berstatus warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2023
- Ibu Bapa atau penjaga hendaklah berasal dari Sabah
- Simpanan sebanyak RM100 akan dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
- Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima berusia 18 tahun.
Cara Memohon
Anda boleh memohon bantuan pendidikan Kerajaan Negeri Sabah ini melalui 2 cara iaitu online atau melalui borang permohonan
Permohonan Online
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan https://cutt.ly/OnlineBISTARI
Borang Permohonan
Dengan memuat turun borang permohonan di pautan https://cutt.ly/BorangBistari dan dihantar bersama dokumen sokongan yang lengkap ke alamat :
Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri ( Tugas-Tugas Khas )
Blok A, Tingkat 29, Menara Kinabalu
Jalan UMS, Teluk Likas
88400 Kota Kinabalu, Sabah
Sila pastikan dokumen seperti sijil lahir bayi dan juga kad pengenalan ibubapa disediakan dan dihantar bersama-sama dengan borang permohonan.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut mengenai 𝗕𝗜𝗦𝗧𝗔𝗥𝗜, boleh layari:
FB Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri atau hubungi 088-369872 atau hubungi Pegawai PTPTN https://www.ptptn.gov.my/pejabat-cawangan-ptptn/
Baca juga: FLYsiswa Inisiatif Bantuan Subsidi Penerbangan Pelajar Universiti