Biodata Nabi Muhammad SAW Yang Wajib Anda Tahu dan Hayati

Biodata Nabi Muhammad SAW – Salam dan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ

“Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan kepada Nabi Muhammad dan keluargannya,”

Pada tanggal 12 Rabiul Awwal setiap tahun, umat Islam seluruh dunia memperingati kelahiran Rasullah s.a.w. yang telah berjuang dan berkorban menyebarkan ajaran Islam kepada umat manusia yang ketika itu hidup dalam kegelapan.

Sambutan Maulidur Rasul juga menzahirkan rasa kasih sayang kita kepada Rasullah s.a.w dengan amalan ibadah berselawat seperti Firman Allah s.w.t dalam surah Al=Ahzab ayat 56

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Biodata Nabi Muhammad SAW

Jom kita hayati dan kenali sejarah hidup baginda Rasulullah SAW junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan biodata baginda di bawah ini.

Biodata Nabi Muhammad
Kredit: Cg Sya
  • Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
  • Tarikh lahir: Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah)
  • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Biodata Rasulullah SAW
Kredit: Cg Sya
  • Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
  • Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
  • Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman)
  • Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
  • Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah

Peristiwa Penting Dalam Kehidupan

Biodata Nabi Muhammad SAW

Usia 5 tahun:

Biodata Nabi Muhammad 5 tahun
Kredit: Cg Sya
  • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

Usia 6 tahun:

  • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina.
  • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

Usia 8 tahun:

Biodata Nabi Muhammad 8 tahun
Kredit: Cg Sya
  • Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
  • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

Usia 9 tahun (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun):

  • Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
  • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

Usia 20 tahun:

Biodata Nabi Muhammad 20 tahun
Kredit: Cg Sya
  • Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab Sirah, jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
  • Menyaksikan perjanjian Al-Fudhul ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

Usia 25 tahun:

Biodata Nabi Muhammad 25 tahun
Kredit: Cg Sya
  • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
  • Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
  • Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
  • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

Usia 35 tahun:

Biodata Nabi Muhammad 35 tahun
Kredit: Cg Sya
  • Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
  • Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
  • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

Usia 40 tahun:

Biodata Nabi Muhammad 40 tahun
Kredit: Cg Sya
  • Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
  • Usia 53 tahun:
    • Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
    • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
  • Usia 63 tahun:
    • Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

Keluarga

Isteri-isteri Rasulullah SAW

  1. Khadijah Binti Khuwailid
  2. Saudah Binti Zam’ah
  3. Aisyah Binti Abu Bakar
  4. Hafsah binti ‘Umar
  5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
  6. Hindun Binti Umaiyah (Ummi Salamah)
  7. Zainab Binti Jahsy
  8. Maimunah Binti Harith
  9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
  10. Zainab Binti Khuzaimah

Anak-anak Rasulullah SAW

  1. Qasim
  2. Abdullah
  3. Ibrahim
  4. Zainab
  5. Ruqaiyah
  6. Ummi Kalthum
  7. Fatimah Al-Zahra’

Anak Tiri Rasulullah SAW

  • Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi

Saudara Sesusu Rasulullah SAW

  • Hamzah
  • Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
  • Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
  • Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza
  • Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza
  • ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza

Bapa dan Ibu Saudara Rasulullah SAW

  1. Al-Harith
  2. Muqawwam
  3. Zubair
  4. Hamzah
  5. Al-Abbas
  6. Abu Talib
  7. Abu Lahab
  8. Abdul Ka’bah
  9. Hijl
  10. Dhirar
  11. Umaimah
  12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
  13. Atiqah
  14. Arwa
  15. Umaimah
  16. Barrah
  17. Safiyah

Ciri-ciri Fizikal Rasulullah SAW

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

  • Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
  • Aku melihat cahaya dari lidahnya.
  • Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
  • Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
  • Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
  • Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
  • Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya sepertt bulan purnama.
  • Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
  • Wajahnya seperti bulan purnama.
  • Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
  • Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
  • Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
  • Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
  • Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
  • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
  • Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
  • Janggutnya penuh dan tebal menawan.
  • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
  • Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
  • Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
  • Rambutnya sedikit ikal.
  • Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi.
  • Rambutnya terbelah di tengah.
  • Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
  • Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.
  • Seimbang antara kedua bahunya.
  • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik.
  • Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
  • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
  • Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
  • Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
  • Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
  • Warna putihnya lebih banyak.
  • Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
  • Warna kulitnya putih tapi sihat.
  • Kulitnya putih lagi bercahaya.
  • Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
  • Badannya tidak gemuk.
  • Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
  • Perutnya tidak buncit.
  • Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan orang ramai baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.

Rasulullah SAW dikenali sebagai manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman, serta semulia-mulia insan di dunia.

Sumber : Bahagian Dakwah, Jakim

Blogr.my

Cik Blogr

Seorang yang suka menulis dan berkongsi kepada orang ramai.

1 thought on “Biodata Nabi Muhammad SAW Yang Wajib Anda Tahu dan Hayati”

Leave a Comment

error: Content is protected !!