Beza cv dan resume ni ada beberapa perkara yang anda kena tahu. Sebelum kita pergi lebih lanjut mengenai perbezaan antara resume dan cv ini dengan lebih lanjut, kita pahamkan dulu apa itu resume dan cv.
Isi Kandungan
Apakah itu CV?
Curriculum vitae (CV) adalah dokumen yang mempunyai maklumat yang lengkap dan detail mengenai diri. CV juga bertujuan untuk menerangkan pengalaman dan kemahiran seseorang individu dengan lebih terperinci.
Apakah itu resume?
Resume bertujuan untuk menerangkan secara ringkas mengenai tahap pendidikan, pengalaman kerja, kelayakan, kemahiran dan pencapaian seseorang individu untuk memohon pekerjaan. Berikut merupakan contoh resume bahasa melayu atau inggeris untuk rujukan anda. Baca di https://blogr.my/contoh-resume/
Beza CV dan Resume
Berikut merupakan beza antara cv dan resume sebagai panduan dan rujukan anda
Resume | Curriculum Vitae (CV) |
---|---|
Ringkasan mengenai pendidikan, kemahiran dan sebagainya | Penerangan terperinci tentang pendidikan, kemahiran dan sebagainya |
1 atau 2 muka | 2 atau 3 muka surat |
Gambar diwajibkan | Gambar tidak wajib |
Ada objektif dalam resume | Tidak perlu letak objektif |
Tidak perlu cover letter | Kena lampirkan cover letter |
Tahukah anda antara punca 367,000 orang masih GAGAL MENDAPAT KERJA adalah kerana tidak tahu menghantar resume yang memikat majikan.
Ramai orang fikir mereka ‘boleh’ menyediakan resume mereka sendiri. Buat resume, bukannya susah pun pada fikiran mereka. Memang benar buat resume tak susah, tapi adakah resume anda itu akan membantu anda mendapatkan pekerjaan yang bakal anda minta?
Ramai yang salah sangka yang CV dan cover letter sebenarnya adalah benda yang sama. Salah kerana keduanya adalah berbeza. Terdapat banyak contoh cover letter yang korang boleh jadikan rujukan di https://blogr.my/contoh-cover-letter.
PERBEZAAN CV DAN RESUME
- Bilangan muka Surat
Resume kebiasaannya mempunyai jumlah mukasurat yang sedikit iaitu 1 hingga 2 muka surat maksimum sahaja. Ini kerana resume adalah ringkasan dan tidak perlu detail. Hanya point-point sahaja.
Manakala, CV pula lebih panjang mukasuratnya sehingga 2 atau 3 muka surat. Ini kerana lebih banyak maklumat dan lebih detail info diletakkan berbanding dengan resume.
- Format Dokumen
Tiada format diperlukan di dalam resume manakala CV kena buat ikut format dan lebih fleksibel supaya dapat disesuaikan dengan keperluan individu tersebut.
- Gambar
CV tidak memelrlukan gambar manakala resume kena ada gambar bergantung kepada syarikat yang anda mohon pekerjaan tersebut
- Objektif
CV tidak memerlukan objektif kerana anda telah menceritajan dengan lengkap semua maklumat. Manakala resume anda kena ada objektif sebab resume adalah ringkasan mengenai diri anda.
- Cover letter
Jika anda menghantar CV untuk memohon pekerjaan, anda perlu lampirkan bersama cover letter. Bagi resume, anda tidak perlu menyediakan cover letter kerana maklumat yang ada dalam resume sudah padat ringkas untuk memohon pekerjaan.
Cuba tengok gambar di bawah mengenai beza format contoh cv dan resume.
Gambar di atas menunjukkan format resume dan susunannya dalam sesebuah resume
Gambar di atas menunjukkan format cv dan susunan dalam sesebuah Curriculum vitae (CV)
Apa Yang Perlu Ada Dalam CV
CV kena dalam 2 atau 3 muka surat. Jangan lebih dari ini. Antara yang kena ada dalam CV ialah. Aturan dalam cv juga penting.
- Background diri sendiri
- Education Background
- Pengalaman kerja jika ada
- Pencapaian berkenaan dengan kerja yang diminta
Contoh CV dan Resume
Contoh cv dan resume sebagai rujukan anda semua dalam permohonan kerja.
Contoh CV Curriculum vitae
Contoh Resume
Jika dilihat kepada contoh diatas, maklumat di dalam resume lebih dilihat ringkas berbanding CV yang dilihat lebih terperinci dan panjang.
Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai perbezaan cv dan resume, boleh teruskan pembacaan di pautan berikut: https://www.thebalancecareers.com/cv-vs-resume-2058495