Bendera Perak merupakan salah satu lambang penting yang melambangkan kedaulatan dan identiti negeri Perak Darul Ridzuan. Bendera Perak mempunyai tiga warna iaitu warna putih, kuning dan hitam. Artikel kalini blogr akan kongsikan mengenai maksud warna, maksud simbol yang ada dan juga sejarah bendera Perak.
Isi Kandungan
Sejarah Bendera Perak
Pada 1 Mac 1879, dalam Majlis Mesyuarat Negeri Perak, Raja Muda Yusuf yang bertindak sebagai Pemangku Sultan Perak ketika itu telah meluluskan usul untuk mewujudkan bendera bagi negeri Perak.
Usul tersebut mengandungi gambaran bendera dengan tiga jalur warna, yang mana kita dapat lihat pada bendera negeri Perak Darul Ridzuan hari ini.

Warna bendera Perak yang telah dipersetujui iaitu warna putih, kuning, dan hitam pada bendera negeri Perak melambangkan kedaulatan Sultan, Raja Muda, dan Raja Bendahara pada waktu itu.
Untuk makluman para pembaca, pada tahun 1956, warna jalur hitam pada bendera negeri Perak yang asalnya melambangkan Raja Bendahara telah digantikan dengan Raja DiHilir, berikutan pemansuhan gelaran tersebut. Begitulah ringkasan sejarah bendera Perak.
Maksud Warna Bendera Perak

Bendera Perak mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini adalah sama lebarnya. Maksud warna yang terdapat pada bendera Perak ini ialah:
- Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
- Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.
- Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.
Tips Hormati Bendera Perak
Sebagai rakyat di Negeri Perak adalah perlu menghormati bendera negeri. Berikut merupakan antara tips yang boleh anda lakukan:
- Jangan letak bendera di atas tanah
- Jangan guna bendera sebagai alas meja atau penutup sesuatu benda kecuali sebagai penghormatan seperti dalam upacara rasmi
- Jangan biarkan bendera jatuh ke tanah ketika menurunkannya dari tiang
- Gantung bendera di rumah masing-masing ketika hari kebangsaan
- Jangan lap tangan menggunakan bendera
- Jangan bising ketika menyanyikan lagu negeri semasa bendera dinaikkan
Baca juga