Semakan Kelayakan Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 Sebulan

Bantuan Sara Hidup Veteran Tidak Berpencen (BSH) adalah salah satu inisiatif bantuan kerajaan berbentuk bantuan kewangan kepada Veteran ATM yang layak sebanyak RM300 sebulan. Insentif ini merupakan salah satu dari inisiatif untuk tentera yang dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) kepada mereka yang berkelayakan.

Selain itu anda boleh juga semak bantuan kerajaan yang lain di https://blogr.my/category/bantuan/

Insentif ini bertujuan untuk meringankan beban sara hidup harian para veteran ATM yang berkelayakan. Ia bakal memberi faedah kepada seramai 41,970 Veteran Tidak Berpencen dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM151.1 juta setahun.

Sebelum ini Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300 sebulan untuk 80 tahun ke atas namun atas inisiatif Kerajaan Madani, telah mengurangkan umur kepada 60 tahun.

Setiap permohonan yang diluluskan akan berkuatkuasa selama tiga (3) tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat. Permohonan akan dinilai semula dalam tempoh tiga (3) tahun tersebut untuk memastikan sama ada Veteran ATM atau penerima BSH itu masih layak diteruskan bayaran atau sebaliknya.

Veteran ATM boleh mengemukakan permohonan untuk melanjutkan bayaran BSH sekurang-kurangnya enam (6) bulan sebelum tamat tempoh tiga (3) tahun itu. Setakat Julai 2023. sebanyak 4,609 permohonan BSH telah diluluskan untuk menikmati manfaat ini.

Kadar Bantuan Sara Hidup

Bantuan Sara Hidup Veteran Tidak Berpencen

Kerajaan telah bersetuju memperluaskan Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300 sebulan kepada Veteran Tidak Berpencen yang berusia 60 tahun ke atas berkuatkuasa pada bulan September 2023 sebagai penambahbaikan dalam menjaga kebajikan Veteran ATM agar sentiasa terbela dan meringankan beban dalam menjalani kehidupan yang lebih baik.

Syarat Kelayakan BSH

Pastikan sebelum anda menghantar borang, anda melepasi syarat kelayakan dan tergolong dalam kumpulan kategori yang tersenarai siapa yang layak memohon bantuan sara hidup tahun 2023. Antara syarat kelayakan ialah

  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
  • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
  • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
  • Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas
  • Pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
  • Angkatan Tentera tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
  • Balu yang telah berkahwin semula tidak layak memohon bantuan sara hidup.
  • Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar.
  • Bagi anak yatim yang cacat kekal, tiada syarat had umur.
  • Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.

Cara Daftar Bantuan Sara Hidup Veteran Tidak Berpencen

Para Veteran ATM disaran mendaftar dan mengemaskini maklumat di Portal VIBES 2.0; https://vibes.jhev.gov.my/portal/

Semak Status Permohonan BSH

Untuk semakan status permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300 sebulan kepada Veteran Tidak Berpencen yang berusia 60 tahun ke atas sila layari laman web yang sama juga iaitu https://vibes.jhev.gov.my/portal/

Maklumat Lanjut

Sebarang permasalahan sila lengkapkan ruangan aduan/maklumbalas di pautan ini : www.jhev.gov.my/aduan atau dipautan Aduan Dan Maklumbalas Portal VIBES 2.0 : https://vibes.jhev.gov.my/portal/aduannnewiframe.asp

Bagi angkatan tentera yang lain boleh membuat semakan penyata gaji mereka di spgatm

Tarikh pembayaran pencen pesara kerajaan adalah berbeza berbanding tarikh pembayaran gaji ATM

Leave a Comment

error: Content is protected !!