Semakan dan Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2023

Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023 merupakan bantuan kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), di mana ia bertujuan meringankan beban pekebun kecil ayau penoreh getah yang berhadapan bencana di musim tengkujuh.

Bantuan Musim Tengkujuh 2023

Bantuan Musim Tengkujuh RM800 merupakan sebuah inisiatif bantuan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Madani bagi tahun 2023. Untuk sedia maklum, BMT 2023 sudah boleh dimohon kepada mereka yang berkelayakan.

Bantuan Musim Tengkujuh 2023

Untuk tahun 2023, jumlah dan tempoh bayaran telah ditingkatkan daripada RM 600 kepada RM 800 dan daripada dua bulan kepada empat bulan iaitu pada bulan November 2023 (RM200), Disember 2023 (RM200), Januari 2024 (RM200) dan Februari 2024 (RM200)

  • November 2023 – RM200
  • Disember 2023 – RM200
  • Januari 2024 – RM200
  • Februari 2024 – RM200

Semua penyaluran BMT akan dibayar secara pemindahan dana elektronik (Electronic Fund Transfer – EFT) terus ke akaun penerima yang layak oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)

Syarat Kelayakan BMT 2023

1 lot hanya SEORANG PENERIMA SAHAJA (Pekebun Kecil atau Penoreh) layak menerima bantuan dimana seorang Pekebun Kecil atau penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.

Syarat Kelayakan Pekebun Kecil

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
  • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • 1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan

Syarat Kelayakan Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
  • 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat

Cara Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2023

Permohonan & Pengemaskinian Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 sudah bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 15 September 2023

Cara Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2023
  • Permohonan boleh dibuat melalui Portal Pekebun Kecil RISDA
  • Permohonan oleh Pekebun Kecil boleh dibuat di mana-mana Pejabat RISDA berdekatan
  • Permohonan oleh Penoreh hanya boleh dibuat di Pejabat RISDA di mana kebun yang ditoreh itu berada

Semakan Kelulusan BMT RISDA 2023

Semakan kelulusan bantuan juga boleh dilakukan di capaian yang sama atau menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan.

Anda boleh membuat semakan di pautan berikut : https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut berkaitan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022, anda boleh hubungi talian 03-42512125 / 03-42512135 atau 03-42512023.

Leave a Comment