Kerajaan Selangor telah memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) sebanyak RM300 setiap bulan kepada 30,000 keluarga di Selangor bagi keluarga yang terjejas selepas pasca pandemik.
Kandungan
Ia bertujuan untuk menyemarakkan kecekalan keluarga supaya kuat dalam menghadapi cabaran ekonomi yang melanda selepas era pandemik.
BINGKAS akan meringankan beban kewangan rakyat dan akan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur.
Syarat Pendaftaran BINGKAS RM300
Bagi menikmati Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) sebanyak RM300 ini antara syaratnya ialah
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Selangor
- Menetap di Selangor Melebihi 10 Tahun
- Pengundi Berdaftar di Selangor
- Mempunyai Anak Bawah 18 Tahun
- Pendapatan Isi RUmah Bawah RM3,000 Sebulan
Pendaftaran BINGKAS
Untuk pendaftaran Bingkas, sila log masuk dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan bagi akaun aplikasi Selangkah anda.
Sila buat pendaftaran di BINGKAS SELANGOR
Sila layari https://youtu.be/XCrSqAq7KUA cara mendaftar untuk pengguna baru untuk pengguna komputer atau tutorial pendaftaran di bawah bagi pengguna telefon
Antara Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran Ialah
Dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran BINGKAS ialah
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
Semua permohonan akan disemak oleh ADUN dan Selcare. Setiap permohonan yang berjaya akan dihubungi melalui emel. Sila pastikan emel yang betul semasa mendaftar.
Manfaat BINGKAS
- eWallet BINGKAS boleh digunakan di mana-mana pasaraya berdaftar
- Urusniaga hanya menggunakan ewallet
- RM300 had bulanan pembelian
- Baki akan dibawa ke bulan hadapan sekiranya ada
- Setiap bulan akan ditambah RM300 secara automatik
Senarai Barangan Keperluan Asas Dalam Skim BINGKAS
Hanya jenis barangan yang tersenarai di bawah diluluskan untuk pembelian menerusi program BINGKAS.
- Beras
- Mi dan Bihun
- Roti
- Biskut
- Telur
- Gula dan Garam
- Rempah Ratus, Sos, Kicap dan Sebagainya
- Tepung
- Minyak Masak
- Ubat Ubatan
- Sayuran dan Buahan
- Daging Ayam, Lembu, Kambing dan Ikan
- Sabun, Kelengkapan Mandian dan Bahan Pencuci
- Lampin Pakai Buang Untuk Bayi Atau Dewasa
- Produk Tenusu Seperti Susu Segar, Susu Tepung, Susu Sejat dan Susu Pekat Manis
- Barangan Persekolahan Seperti Kasut, Beg, Buku, Alatulis, Pakaian Seragam dan Sebagainya
- Pendidikan Seperti Buku Ilmiah atau Akademik
Cara Pembelian
- Penerima akan mengunjungi kedai yang terlibat di bawah Skim BINGKAS
- Penerima membeli barangan keperluan asas dalam SKIM BINGKAS yang ingin dibeli
- Juruwang akan mengimbas ID penerima di aplikasi SLEANGKAH untuk pengesahan
- Juruwang akan menyemak barang yang dibeli samada termasuk atau tak sdalam senarai barangan keperluan SKIM BINGKAS
- Penerima memastikan baki akaun BINGKAS mereka mencukupi dan akan membayar menggunakan SKIM tersebut
Senarai Panel Kedai Terlibat
Terdapat lebih kurang 1173 kedai terlibat dalam Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) RM300 ini. Senarai kedai boleh di lihat di Senarai Panel Kedai
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh hubungi BINGKAS
Sila layari Senarai Bantuan Kerajaan untuk bantuan daripada Kerajaan Malaysia