12 Air Fryer Terbaik di Malaysia untuk Masakan Lebih Sihat

Zaman sekarang, memiliki air fryer terbaik di rumah adalah satu keperluan. Sama ada untuk menggoreng kentang, nugget, hot dog, ikan, atau ayam, air fryer menjadikan proses memasak lebih mudah dan sihat kerana ia menggoreng makanan tanpa menggunakan minyak.

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenama air fryer terbaik yang menjadi pilihan rakyat, seperti Philips, Russell Taylor, Tefal, Haier, Khind, Perry Smith, dan banyak lagi.

Air Fryer Terbaik untuk Masakan Lebih Sihat

Artikel ini akan membincangkan jenama air fryer terbaik, harga, dan ciri-ciri yang memudahkan pengguna. Yang paling penting, semua air fryer yang disenaraikan mudah dibasuh dan sesuai untuk kegunaan harian.

1. Yilizomana Air Fryer

Yilizomana Air Fryer terbaik

Air fryer jenama Yilizomana datang dengan dua saiz iaitu 3.2L dan 4.5L, menjadikannya pilihan air fryer terbaik bagi mereka yang mahukan kawalan suhu dan masa yang mudah. Dengan hanya menggunakan tombol, anda boleh menyesuaikan suhu dan masa memasak dengan tepat. Selain itu, ia mudah dibasuh dan menghasilkan makanan yang lebih crispy dan sedap. Ini adalah air fryer yang paling banyak terjual di Malaysia. Semak harga Yilizomana Air Fryer dibawah:

2. Electrova Air Fryer

Electrova menawarkan air fryer terbaik dengan berat hanya 2.4kg dan kapasiti 3L. Ia mengekalkan fungsi tombol untuk kawalan suhu dan masa, serta menggunakan teknologi 360 darjah untuk memastikan masakan yang sekata. Air fryer ini sangat popular di kalangan pengguna Malaysia.

3. Panasonic Air Fryer

panasonic air fryer terbaik

Panasonic menawarkan air fryer dengan kapasiti besar 8.0L dan berat 7kg. Ia menggunakan teknologi digital yang membolehkan anda memasak dengan hanya satu sentuhan. Ini adalah pilihan terbaik bagi mereka yang memerlukan kapasiti besar untuk keluarga.

4. DESSINI Air Fryer

Jenama Dessini yang terkenal dengan produk kuali kini menawarkan air fryer. Dengan kapasiti 8L dan teknologi digital, air fryer ini bukan sahaja berfungsi dengan baik tetapi juga mempunyai reka bentuk menarik dengan pelbagai pilihan warna.

5. Giselle Air Fryer

Giselle menawarkan air fryer dengan kapasiti 3.8L yang sesuai untuk dua orang. Ia dilengkapi dengan fungsi kawalan suhu dan masa, serta jaring bawah yang boleh dikeluarkan untuk dibasuh. Air fryer ini juga tidak terlalu bising dan mudah dibawa.

6. Russell Taylors Air Fryer

Russell Taylors Air Fryer

Air fryer dari Russell Taylors ini mudah digunakan dan dibasuh. Dengan kapasiti yang mencukupi untuk seekor ayam, anda tidak perlu menggunakan kertas sebagai pelapik kerana ia mempunyai lapisan non-coating. Ini menjadikannya salah satu air fryer terbaik yang sering menjadi pilihan pengguna.

Baca juga: Probiotik Terbaik

7. Gaabor Air Fryer

Air fryer Gaabor hadir dengan kombinasi warna putih dan rose gold yang elegan. Ciri keselamatan seperti penutupan automatik apabila bakul dikeluarkan menjadikannya pilihan air fryer bagi mereka yang mementingkan keselamatan.

8. PerySmith Air Fryer

PerySmith menawarkan air fryer terbaik dengan kualiti dan reka bentuk premium. Kapasitinya sesuai untuk keluarga kecil, dan ia boleh memuatkan 3-4 kepak ayam dalam satu masa. Pilihan ini sangat popular di kalangan pengguna yang mementingkan gaya dan prestasi.

9. Samu Giken Air Fryer

Samu Giken menawarkan air fryer edisi rose gold dengan skrin sentuh yang sensitif. Dengan hanya satu sentuhan, anda boleh memulakan proses memasak dengan mudah. Ini adalah pilihan yang menarik bagi mereka yang mahukan air fryer dengan reka bentuk moden.

10. Khind Air Fryer

Air fryer Khind menawarkan kapasiti 2.6L dan berat 4kg, menjadikannya pilihan terbaik untuk keluarga kecil. Dengan bunyi yang tidak terlalu bising dan mudah digunakan, ia adalah jenama air fryer yang popular di kalangan pengguna Malaysia.

11. MMX Air Fryer

Ringan dan sesuai untuk yang tinggal bujang atau berdua kerana ianya merupakan air fryer mini terbaik. Kalau nak bagi hadiah untuk yang baru berkahwin tu amat sesuai.

12. Philips Air Fryer

Antara jenama air fryer terbaik idaman suri rumah di luar sana. Serba boleh, pantas dan kompak, muat 0.8kg kentang jejari.

Pemegang Universal EasyClick – memudahkan menukar aksesori. Didatangkan juga dengan bakul QuickClean dengan jaring boleh tanggal dan pemegang

Terdapat juga aksesori dulang gril disertakan sekali bersama pembelian air fryer ini.

Boleh beli dengan agen amway berdaftar kerana ada pembayaran sebanyak 4 kali.

Kesimpulan

Sebelum membuat pembelian, pastikan anda memahami apa itu air fryer, cara ia berfungsi, dan bagaimana untuk membersihkannya agar ia tahan lama. Dengan memilih air fryer terbaik, anda dapat menikmati masakan yang lebih sihat dan mudah setiap hari.

Blogr.my

Cik Blogr

Seorang yang suka menulis dan berkongsi kepada orang ramai.

Leave a Comment

error: Content is protected !!