Dapatkan kemaskini terbaru melalui rangkaian sosial kami

Rangkaian kami yang lain:

Dasar Privasi

Laman web ini dimiliki dan diuruskan oleh Blogr Media (dikenali sebagai Blogr dengan sebutan "blogger"). Kami mengambil berat tentang keselesaan dan keselamatan pengguna-pengguna yang melayari laman web ini. Sehubungan itu, kami menghormati privasi individu dan akan menjaga segala maklumat peribadi yang diberikan. Dasar privasi ini bukanlah kontrak atau undang-undang, namun ianya digunakan sebagai tanda komitmen Blogr untuk melindungi maklumat peribadi pengguna selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Notis dasar privasi ini adalah bertujuan untuk memastikan semua pengguna tahu bagaimana maklumat peribadi yang diterima oleh pihak Blogr digunakan, dikongsi dan dilindungi. Maklumat lanjut mengenai maklumat yang dikumpul akan diterangkan secara terperinci di bawah ini.

Dan untuk pengetahuan semua, pihak Blogr berhak untuk menukar, meminda atau mengubah dasar privasi ini pada bila-bila masa dan akan memaklumkan perubahan yang ada kepada semua penggunanya. Tarikh kemaskini terbaru adalah pada 08 Oktober 2014.

Maklumat yang dikumpul

  • Maklumat peribadi yang diberikan sewaktu pendaftaran seperti nama, emel, negeri atau mana-mana maklumat yang mempunyai kaitan dengan individu bergantung kepada aktiviti yang dilakukan di dalam laman web ini;
  • Maklumat blog yang didaftarkan dan artikel-artikel yang dikongsi di dalam laman web ini;
  • Maklumat mengenai aktiviti-aktiviti anda di dalam laman web seperti klik-klik pada pautan dan perkongsian artikel;
  • Maklumat yang dikumpul secara automatik seperti alamat IP, lokasi geografi, purata masa lawatan dan lawatan halaman.

Tujuan pengumpulan data

  • Untuk memudahkan kami menghubungi anda jika ada sebarang promosi, peraduan dan servis yang berkaitan;
  • Untuk melakukan pemasaran secara langsung kepada anda;
  • Untuk memahami dan menganalisis keperluan anda;
  • Untuk membalas permintaan atau sebarang aduan daripada anda;
  • Untuk menambahbaik perkhidmatan dan prestasi laman web kami.

Penggunaan dan pendedahan

Kami tidak akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada umum kecuali atas arahan pihak berkuasa. Penggunaan maklumat yang diberikan hanyalah untuk memudahkan kami mencari kesesuaian perkara tertentu yang tepat dengan kategori dan kriteria pilihan anda.

Pengendalian emel

  • Kami mungkin menyimpan segala kandungan emel yang dihantar kepada emel kami;
  • Segala kandungan yang dihantar hanya akan digunakan atau didedahkan mengikut cara dasar privasi ini;
  • Kandungan emel yang diterima mungkin akan dipantau untuk tujuan pengauditan dan penyelenggaraan termasuk pemantauan salah guna emel.

Penggunaan Cookie

Cookie adalah data kecil yang dicipta dari pelayan untuk disimpan di dalam pelayar anda. Data kecil ini akan dihantar semula ke pelayan kami dan memudahkan laman web untuk mengenali pelayar dan pengguna yang melayari laman web ini secara lebih pantas. Kami menggunakan dua jenis cookie iaitu session cookie dan persistent cookie. Session cookie akan terpadam secara automatik sejurus selepas anda menutup pelayar dan 'persistent cookie akan terpadam jika laman web tidak diakses dalam masa tertentu atau sehingga anda log keluar dari akaun anda. Pengiklan-pengiklan juga mungkin akan menggunakan 'cookie' ini atas tujuan pengiklanan.

Penggunaan Piksel

Kami menggunakan piksel di dalam emel untuk mengetahui sama ada pengguna telah membuka emel tersebut. Untuk menyediakan kandungan kami dalam cara yang paling menarik, kami juga mungkin menggunakan piksel untuk mengetahui sama ada anda boleh menerima emel dalam bentuk teks atau html.

Pautan keluar

Laman web ini mengandungi pautan-pautan ke laman web luar yang lain. Kami tidak bertanggungjawab di atas segala maklumat yang dikongsi di dalam laman web tersebut.

Kesan jika maklumat tidak lengkap

Sekiranya maklumat peribadi yang diterima tidak lengkap, permohonan atau permintaan untuk sebarang tujuan mengenai dasar privasi ini akan menjadi tidak sah dan ditolak.