Dapatkan kemaskini terbaru melalui rangkaian sosial kami

Rangkaian kami yang lain:

Soalan-Soalan Lazim

Umum

Blogr adalah sebuah laman komuniti dan ping blog aggregator di dalam Bahasa Melayu khas buat penulis blog, terutamanya di Malaysia.
Kemudahan untuk berkongsi artikel di laman ini, Facebook, Twitter & Facebook Page dengan hanya satu klik.
Tidak. Sesiapa sahaja boleh berkongsi artikel di Blogr.
Blogr bukan sekadar memberikan perkhidmatan berkongsi kepada para penulis blog, Blogr juga membantu para penulis blog untuk mempromosikan blog mereka di laman sosial lain seperti Facebook & Twitter.

Jika itu tidak mencukupi, jangan risau. Untuk jangka masa panjang, sistem Blogr juga telah dicipta untuk memastikan ianya mesra enjin pencarian (terutamanya Google) atau panggilan popularnya, SEO Friendly.
Di dalam dunia Blogging, ping bermaksud memberitahu internet (contoh: enjin pencarian seperti Google) bahawa blog anda mempunyai kemaskini terbaru atau secara ringkasnya, berkongsi.
Ianya adalah salah satu cara untuk meningkatkan trafik ke blog anda. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk mempromosikan blog anda kepada orang ramai.
Ya. Sebagai bukti, separuh daripada trafik yang diterima oleh Blogr adalah melalui Carian Organik dari Google sendiri.

Pendaftaran

Mudah. Anda hanya memerlukan akaun Facebook, Twitter atau Google untuk mendaftar di Blogr. Klik pada mana-mana butang sosial pilihan anda untuk mulakan pendaftaran.
Anda akan mempunyai ruangan jalur masa (timeline) sendiri dan boleh mengikuti penulis-penulis blog dan Saluran kegemaran anda. Anda juga akan bebas dari sebarang iklan yang ada di laman web ini.
Tidak. Blogr tidak akan mengambil atau menyimpan mana-mana kata laluan (password) penggunanya. Ini adalah untuk memastikan data penggunanya selamat.
Itu sahaja. Setelah selesai mendaftar, anda sudah boleh menggunakan perkhidmatan Blogr dan mulakan perkongsian artikel yang pertama.
Anda hanya perlu membuang akses aplikasi Blogr di laman Facebook, Twitter atau Google. Akses anda untuk menggunakan perkhidmatan di Blogr akan ditamatkan serta merta tetapi anda masih lagi boleh terus melayari Blogr dan membaca artikel-artikel yang telah dikongsi.

Blog

Klik nama anda di bahagian kanan atas, pilih Tetapan dan kemudian pilih Kemaskini Blog.

  1. Masukkan kod lencana Blogr di dalam blog anda untuk tujuan pengesahan pemilik.
  2. Setelah memasukkan kod, masukkan pautan (URL) blog anda dan pilih kategori yang bersesuaian.
  3. Setelah mendaftar blog, blog anda akan direviu dahulu sebelum diterima pengesahannya.
Pendaftaran blog akan mengaktifkan perkongsian artikel secara automatik ke laman sosial rasmi Blogr melalui Facebook & Twitter.

Anda hanya perlu memilih laman sosial pilihan anda untuk mengaktifkan perkongisian automatik ini.

* Hanya blog yang diterima sahaja layak untuk mengaktifkan fungsi ini.
  • Blogger/Blogspot
  • WordPress
  • Tumblr
  • Xanga
  • Flickr

Terpulang kepada anda. Sistem yang disediakan adalah mesra pengguna dan tidak kisah bagaimana format pautan (URL) yang anda masukkan. Sebagai contoh, sistem akan menerima semua jenis input termasuk atau tidak termasuk:

  • http://
  • www.
  • Slash '/' di hujung pautan (trailing slash)
URL blog tidak sah
Pastikan pautan (URL) yang dihantar mempunyai format yang betul.

URL blog telah digunakan
Blog yang dihantar ini telah didaftarkan sebelum ini.

Hanya root domain dibenarkan
Sila pastikan hanya domain utama blog sahaja yang digunakan untuk pendaftaran blog.

Sila betulkan URL RSS feed anda
Sistem dapat mengesan RSS Feed anda tetapi pautannya tidak lengkap. Sila pastikan anda menggunakan pautan lengkap ke RSS Feed tersebut dan bukanya pautan relatif.
Contoh:
  • Pautan lengkap (Absolute URL) : http://Blogr.my/blog/feed
  • Pautan relatif (Relative URL) : blog/feed
RSS feed tidak aktif
Pastikan RSS Feed yang digunakan masih aktif dan berfungsi.

RSS feed tidak dapat dikesan

Pastikan anda meletakkan code RSS Meta Tag di dalam <head></head> source code anda. Sebagai contoh:

<link href="http://blogr.my/blog/feed" rel="alternate" type="application/rss+xml" />

Klik pada butang merah di sebelah pautan (URL) anda di dalam ruangan Kemaskini Blog.

Ping

Hanya klik butang berwarna merah (atas kanan) dan copy & paste pautan (URL) artikel anda.
Kemungkinan besar artikel anda telah dipadam dari dipamerkan di halaman utama kerana tidak mematuhi peraturan di Blogr. Sila rujuk ruangan Terma Dan Syarat untuk maklumat lanjut.
Had masa berkongsi diwujudkan untuk menghalang penulis-penulis blog yang tidak bertanggungjawab dari menggunakan fungsi ini secara salah dan ianya boleh mengganggu keselesaan orang ramai.
Pangkat Penulis Elit dan ke atas adalah bebas dari dikenakan sebarang had masa berkongsi. Jika pihak admin melihat anda mampu mengikut peraturan yang ada, kami tanpa segan silu akan menaikkan pangkat anda sebagai tanda terima kasih dan anda bebas untuk berkongsi artikel tanpa had masa.
URL artikel tidak sah
Pastikan pautan (URL) yang dihantar mempunyai format yang betul.

Anda bukan pemilik blog ini
Pautan (URL) yang dihantar adalah milik penulis blog yang lain.

URL artikel tidak lengkap
Sila pastikan pautan (URL) yang dihantar adalah lengkap.

Blog ini telah disenarai-hitam
Pautan (URL) yang dihantar telah disenarai-hitam dari berkongsi di dalam Blogr.

Maaf, artikel ini telah dikongsi (ping) sebelum ini
Artikel ini telah dikongsi sebelum ini. Perkongsian kali kedua tidak dibenarkan.

Artikel Popular

Artikel popular akan dipilih secara automatik oleh sistem berdasarkan artikel yang menerima pelawat tertinggi dalam tempoh masa tertentu seperti sehari, seminggu dan sebulan.

Anda akan diberikan tempoh masa 24 jam sebaik sahaja membuat perkongsian artikel anda. Sebagai contoh, jika anda membuat perkongsian pada jam 11 malam, artikel anda akan terus dipantau sehingga jam 11 malam keesokkan harinya. Dan sekiranya artikel anda terpilih untuk berada di ruangan Popular, ianya akan kekal sehingga tempoh 24 jam itu tamat.

Cara pengiraan ini juga digunakan bagi tempoh masa seminggu (168 jam) dan sebulan (720 jam).

Artikel anda akan terus kekal di halaman utama untuk tempoh tertentu dan akan menarik lebih ramai pelawat ke blog anda.
Gunakan semua pilihan sewaktu melakukan perkongsian (Twitter, Facebook & Facebook Page). Anda juga boleh mempromosikan artikel tersebut dengan menggunakan pautan (URL) dari Blogr.

Saluran

Untuk meningkatkan kepuasan dan keselesaan pembaca, ruangan Saluran diperkenalkan. Saluran berfungsi seperti mana yang terdapat di siaran televisyen, di mana artikel anda dikelaskan mengikut kriteria Saluran tertentu.
Saluran adalah himpunan kategori-kategori yang berkaitan. Anda dikehendaki memilih kategori artikel anda ketika perkongsian dan sistem akan menentukan saluran yang bersesuaian dengan kategori tersebut secara automatik.

Senarai Hitam

Jika anda menerima mesej ini, ini bermakna anda telah disenarai-hitamkan dari melakukan perkongsian di Blogr kerana melanggar peraturan yang ditetapkan.
Pihak Blogr memandang serius di atas segala kesalahan-kesalahan yang dilakukan. Ini adalah untuk memastikan keselesaan pembaca di Blogr. Tetapi, jika anda yakin anda tidak akan mengulangi lagi perkara sama, sila emelkan pemohonan anda ke emel rasmi kami. Kami akan menyemak semula sama ada akan menerima atau menolak permohonan tersebut.

Pangkat

Setiap pangkat mempunyai kelebihan yang tersendiri. Sebagai contoh, Moderator mempunyai kelebihan untuk memadam mana-mana artikel yang melanggar peraturan. Mereka juga boleh berkongsi artikel tanpa had masa sama seperti kelebihan yang dimiliki oleh VIP & Penulis Elit.
  • Admin
  • Istimewa
  • Moderator
  • VIP
  • Penulis Elit
  • Penulis
  • Pembaca
  • Senarai Hitam
  • BOT
Hanya emelkan kepada kami pemohonan anda dan kami akan menilai dari segala aspek termasuk kualiti artikel, disiplin dan keaktifan anda berkaitan Blogr (borak, reviu di blog anda dan lain-lain).

Hubungi

Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai Blogr tidak kira sama ada pertanyaan, cadangan mahupun kritikan, jangan segan silu untuk menghubungi pihak Blogr melalui emel hello@blogr.my.


Kemaskini terakhir pada: 08 Oktober 2014