Dapatkan kemaskini terbaru melalui rangkaian sosial kami

Rangkaian kami yang lain:

Mengenai

Blogr | Teroka Perspektif Terkini

blogr adalah sebuah laman komuniti dan ping blog aggregator di dalam Bahasa Melayu khas buat blogger, terutamanya di Malaysia. Mula dibuka kepada umum pada 21 Januari 2012 melalui versi beta dan pada 08 June 2012, versi 2.0 telah dibuka dan menampilkan pelbagai pembaharuan & pengubahsuaian demi memastikan keselesaan pembaca dan blogger yang menggunakan aplikasi web ini. Sedikit pengubahsuaian juga telah dilakukan untuk versi terbaru iaitu versi 2.1 pada 28 Jun 2012.

Laman web ini dihasilkan sepenuhnya menggunakan Bahasa Melayu (Malay) dengan sedikit integrasi penggunaan Bahasa Inggeris (English) mengikut kesesuaian. Dari semasa ke semasa, blogr akan cuba dipertingkatkan lagi dari segi mutu, fungsi dan macam-macam lagi. Anda juga boleh menjadi sebahagian daripada blogr dengan memberi segala idea, komen & kritikan untuk kebaikan bersama.

Pihak blogr juga berminat untuk melantik mana-mana blogger yang berpengalaman/berpengaruh/berdisiplin untuk dijadikan Moderator & Super Moderator di laman web ini. Pangkat-pangkat ini akan mempunyai kelebihan tertentu seperti boleh memadam mana-mana entri yang melanggar peraturan dan boleh berkongsi entri-entri lama tanpa had masa. Jika anda rasa anda layak, bolehlah di-email-kan minat anda itu kepada admin di hello@blogr.my.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kemaskini terbaru di blogr.my, anda juga boleh melayari blog rasmi blogr di http://blog.blogr.my